Sabtu, 26 Disember 2009

FELDA BERI SUMBANGAN KEPADA KAWAT

KENANGAN ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (Kanan) bersama Irman Hashim (Sebelah beliau/Utusan Malaysia), Khalid Abdullah (Kiri) bergambar bersama Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor selepas majlis di Hotel Felda Residence.

TERIMA KASIH DAUN KELADI ... Haji Faizoul Ibrahim menyampaikan cek sumbangan Felda kepada Presiden Kawat, Ayob Mamat

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sebenarnya antara kelab media yang sangat bertuah dan beruntung di negara ini. Sebabnya, pelbagai pihak sentiasa menghulurkan sumbangan kepada kelab itu kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan Kawat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

Malah Kawat juga sememangnya terkenal sebagai sebuah kelab media yang paling aktif di negara ini.

Semalam misalnya, Felda Wilayah Terengganu telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Kawat bagi membolehkan kelab itu melaksanakan aktivitinya.

Cek sumbangan itu telah disampaikan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Haji Faizoul Ibrahim dalam satu majlis perpisahan sempena pertukaran beliau ke Kuala Lumpur yang diadakan di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Sementara itu, Presiden Kawat, Ayob Mamat dalam pertemuan dengan Tan Sri Dr Mohd Yusof selepas majlis itu telah menyampaikan ucapan tahniah dan rasa bangga bagi pihak semua ahli Kawat di atas penganugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun ini.

"Terima kasihlah semua ahli-ahli Kawat ...." kata beliau.

YPUT PERKENAL ANUGERAH KHAS MEDIA UNTUK KAWAT

Ahli Kawat yang memenangi hadiah Anugerah Khas Media bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) memberikan pengiktirafan kepada Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan menyediakan satu anugerah khas kepada pengamal media di negeri ini sempena Anugerah Keusahawanan dan Malam Gala Seri Iman di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Sempena majlis itu, YPUT dengan kerjasama Kawat telah menyediakan Anugerah Khas Media yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Penulisan Berita?Rencana Keusahawanan dan berita TV Terbaik. Sebanyak tiga pemenang dipilih bagi setiap kategori dengan hadiah tempat pertama RM1,000, piala dan sijil, kedua (RM800, piala dan sijil) dan ketiga membawa pulang RM700, piala dan sijil.

Pihak urusetia menerima sebanyak 50 penyertaan bagi kedua-dua kategori itu. Menurut YPUT, anugerah itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih agensi tersebut terhadap peranan serta sumbangan wartawan yang juga ahli Kawat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohd Awang Tera dalam pertemuan dengan Presiden Kawat, Ayob Mamat di luar acara penyampaian hadiah mencadangkan agar nilai hadiah bagi kategori itu ditambah lagi pada tahun depan.

Kawat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Awang Tera dan YPUT.