Ahad, 31 Julai 2011

Dato' Nasir Tak Lupa Media

Dato' Mohd Nasir menyampaikan hamper kepada Wartawan Star, Fuad.
Perbincangan serius antara Dato' Mohd Nasir, Sdr Ayob dan Syed Anuar.
Tetap menghiburkan. Sdr Shaq Bella mendapat tepukan gemuruh ketika membuat persembahan.
Dato' Mohd Nasir bersalaman dengan warga media yang hadir pada Majlis Mesra Media di Kelab Eksklusif MBKT, Batu Buruk.
Dato' Mohd Nasir dan Sdr Ayob beramah mesra dengan warga media.
Dato' Mohd Nasir ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Media.
Sdr Ayob ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Media.
Sebahagian warga media yang hadir pada Malam Mesra Media bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri sekali lagi meneruskan tradisi beliau meraikan warga media menjelang Ramadan dan pada kali ini, media diraikan pada majlis makan malam di Kelab Eksklusif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 29 Julai 2011.

Pada majlis itu, kira-kira 60 warga media hadir termasuk Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Sdr Ayob Mamat. Turut hadir ialah Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad.

Pada ucapan aluan, Sdr Ayob mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Haji Mohd Nasir kerana tidak pernah lupa meraikan warga media.

Katanya, hubungan erat yang sedia terjalin antara Ahli Parlimen itu dengan warga media dieratkan lagi dengan penganjuran majlis seperti yang diadakan ini.

YB Dato’ Haji Mohd Nasir dalam ucapan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga media yang sering memberi liputan program yang dianjurkan oleh Parlimen Kuala Nerus.

`Ada berita yang memberi kebaikan serta publisiti kepada saya, namun ada juga berita yang menceritakan keburukan dan kelemahan dalam parlimen saya, namun saya anggap berita itu adalah kritikan yang membina dan membolehkan saya mengambil tindakan segera’,katanya.

Pada majlis itu, YB Dato’ Haji Mohd Nasir menyampaikan hamper dan sepersalinan kain iaitu Baju Melayu untuk lelaki dan sepasang kain untuk baju kurung bagi perempuan.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan oleh Kombo Majlis Bandar aya Kuala Terengganu, Turut memeriahkan majlis itu ialah persembahan Residen Artis Kawat, Shaq Bella dari TV3.-SHUHAIMI AHMAD