Selasa, 8 Disember 2009

PRESIDEN KAWAT UNDANG KETUA POLIS NEGERI

Presiden Kawat, Ayob Mamat berbincang dengan Ketua Polis Terengganu di IPK, Kuala Terengganu hari ini (8/12/2009) - Gambar Aziz CM (RTM).

Presiden Kawat, Ayob Mamat menyampaikan jemputan rasmi kepada Ketua Polis Terengganu, Dato' Mohd Shukri Dahlan sempena Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil - Gambar oleh Aziz CM (RTM)

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) hari ini - 8/12/2009 - menyampaikan jemputan rasmi kepada Ketua Polis Terengganu serta pegawai kanannya untuk menghadiri majlis makan malam sempena Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 yang akan berlangsung di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 14hb Disember 2009 ini.

Presiden Kawat, Ayob Mamat telah menyampaikan jemputan tersebut di pejabat beliau di IPK Kuala Terengganu. Beliau turut mengambil peluang untuk berbincang dan menyampaikan serba sedikit perjalanan majlis tersebut yang akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Seramai 300 orang terdiri daripada wartawan, pengamal media dan tetamu jemputan akan menghadiri majlis itu nanti.

Urusetia Kawat kini sedang melaksanakan kerja-kerja persiapan bagi menjayakan malam anugerah kewartawanan yang berprestij itu.