Isnin, 30 Mei 2011

Wan Farid Ziarah Azlan

Dato' Wan Ahmad Farid menyampaikan cenderahati kepada Azlan sambil diperhatikan oleh Sdr Ayob dan AJK Kawat, Sdr Baharom Che Bakar.

Dato' Wan Ahmad Farid bertanya khabar Azlan yang terlantar di Wad 21, KTS.

Azlan gembira menerima kunjungan rakan-rakan media.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh menziarah jurufoto Utusan Malaysia, Azlan Bahrom yang terlantar di Wad 212 Kuala Terengganu Specialist Centre (KTS) kerana menghidap sakit gout pada 28 Mei 2011 baru-baru ini.

Azlan yang dimasukkan ke hospital itu pada 25 Mei 2011 lalu turut dikunjungi Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat serta rakan-rakan media daripada pelbagai agensi.

Pada kunjungan itu, Dato' Wan Ahmad Farid menyampaikan cenderamata kepada Azlan serta meminta Azlan bersabar serta tabah menghadapi masa sukar ketika menerima rawatan.

Difahamkan, Azlan akan dipindahkan ke Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur pada akhir minggu ini bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki kiri beliau.

Semua rakan media mendoakan semoga Azlan cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.

Selasa, 17 Mei 2011

Hubungan Mesra Media - Ukom

Sebahagian peserta Retreat Media 2011 anjuran Ukom di Pulau Kapas.

Aksi hebat peserta Retreat Media anjuran Ukom pada perlawanan bola tampar pantai di Pulau Kapas.

Jurukamera RTM, Aziz Che Man ceria menyertai acara `bola beracun' pada sukaneka pantai Program Retreat Media 1/2011 anjuran Ukom di Pulau Kapas.


Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abd Rahman serta peserta Retreat Media 2011 membakar sotong yang dicandat.

Petugas Kapas Island Resort membantu wartawan RTM mengenakan `goggle' untuk aktiviti snorkeling.


Datuk Abdul Rahin menyampaikan hadiah kepada Jurufoto NSTP, Rozainah Zakaria.

Datuk Abdul Rahin menyampaikan cenderamata kepada Sdr Ayob.

Datuk Abdul Rahin (kiri), Tuan Haji Shamsudin (tengah) dan Sdr Ayob Mamat pada majlis perasmian Retreat Media 2011 anjuran Ukom di Kapas Island Resort.


Bot bersedia untuk membawa peserta mencandat sotong di perairan Pulau Kapas.
Keadaan Zubir (Sinar) selepas melakukan aktiviti snorkeling di Taman Laut, Pulau Kapas.


Program Retreat Bersama Media 1/2011 anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)berjaya mewujudkan sentuhan mesra antara unit itu dengan warga media tempatan.

Retreat Bersama Media itu diadakan dua hari satu malam di Pulau Kapas pada 15 Mei 2011 lalu dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka pantai dan candat sotong.

Pengarah Ukom, Tuan Haji Shamsuddin Sulong dalam ucapan beliau mengharapkan program itu dapat mewujudkan jalinan mesra antara media dengan Ukom dan seterusnya membantu kerajaan negeri merealisasikan motto iaitu `Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran'.

Katanya, kerajaan negeri melalui Ukom sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada media bagi memastikan media mendapat input yang tepat mengenai pembangunan serta dasar kerajaan negeri.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Abd Rahin Mohd Said itu disertai kira-kira 20 petugas media tempatan termasuk pegawai media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu serta kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Turut menyertai program itu ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat, Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar Terengganu, Sdr Rosli Zakaria dan Timbalan Pengarah Ukom, Sdr Ruslan Abdul Rahman.

Retreat Bersama Media dimulakan dengan permainan pantai iaitu bola tampar dan diteruskan dengan sukaneka seperti acara rebut kerusi dan bola beracun.

Pada sebelah malam, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menyertai acara mencandat sotong. Walaupun ombak besar dengan hujan serta angin kencang, acara itu diteruskan juga bagi memberi pengalaman baru kepada peserta.

Acara mencandat sotong selesai kira-kira jam 12 tengah malam dan program diteruskan dengan interaksi antara Datuk Abdul Rahin serta pengurusan Ukom dengan warga media.