Khamis, 1 April 2010

Mesra Terjalin Petronas - Media

Pegawai Petronas memberi penerangan mengenai operasi Petronas kepada media pada program Petronas Bersama Media di Pejabat Petronas, Kertih.

Wartawan diiringi pegawai Petronas melawat pameran operasi Petronas di Pejabat Petronas, Kertih.

Wartawan mendengar dengan penuh minat pada majlis taklimat operasi Petronas Wilayah Timur di Pejabat Petronas di Kertih.

Bos Petronas, Encik Zulkifli Ismail bersama Presiden Kawat, Ayob Mamat sebelum majlis taklimat di Pejabat Petronas, Kertih.

Pasukan media dengan t shirt biru melangkah bergaya menuju ke gelanggang boling Mesra Mall, Kertih.

Wajah penuh yakin pemain boling Media sebelum pertandingan boling bermula di Mesra Mall, Kertih.

Pasukan yang nampak hebat, dari kiri Ayob, Encik Zul, Ridwan dan Shuhaimi sebelum pertandingan boling bermula.

Encik Zulkifli membuat lontaran sebagai gimik perasmian pertandingan boling Petronas - Media di Mesra Mall, Kertih.

Presiden Kawat, Ayob Mamat menyampaikan hadiah pertandingan boling kepada pegawai Petronas.
Bos Petronas, Encik Zulkifli Ismail menyampaikan hadiah pertandingan boling kepada wartawan TV3, Sharifah Salwa.


AJK Kawat, Shuhaimi dan Shima berduet menyanyikan lagu Semalam Ku Bermimpi pada majlis makan malam Petronas Bersama Media di Kelab Golf Kertih.

Wartawan NTV7, Taufik Daud teruja ketika diberi peluang `memandu' helikopter.

Media diketuai oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat ketika melihat pegawai Jabatan Penerbangan Awam bertugas di Menara Kawalan Lapangan Terbang Kertih.

Media dan pegawai kanan Petronas bergambar di hadapan helikopter dan jentera memadamkan kebakaran yang tercanggih di Asia.

Demonstrasi memadam kebakaran oleh jentera Bomba Petronas yang tercanggih di Asia pada sesi lawatan media ke Lapangan Terbang Kertih.