Khamis, 14 Januari 2010

Media Lawat Kilang eBook

Petugas media diberi penerangan mengenai eBook pada lawatan media ke kilang pemasangan eBook di Gong Badak.

Pengurus Besar Top It, Encik Mohd Isa Nik ketika mengadakan sidang akhbar pada sesi lawatan media ke pemasangan eBook di Gong Badak.
Petugas media dengan pakaian khas bergambar bersama pegawai Top IT dalam kilang pemasangan eBook.

Petugas media melihat kerja pemasangan komponen eBook pada sesi lawatan media ke kilang eBook di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Petugas media daripada semua media tempatan menghadiri sesi taklimat dan lawatan ke Kilang Top IT Industries, kilang yang memasang eBook di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu.

Lawatan anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada media dan seterusnya disiarkan untuk maklumat orang ramai mengenai operasi kilang yang bertanggungjawab memasang serta mengeluarkan eBook terutama kepada murid sekolah melalui peruntukkan Kerajaan Negeri Terengganu.

Taklimat mengenai operasi kilang disampaikan oleh Pengurus Besar Top IT Industries, Encik Mohd Isa Nik. -mismat-

Ayob Kekal Presiden

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) semalam memutuskan Sdr Ayob Mamat kekal sebagai presiden Kawat sehingga Mesyuarat Agung pemilihan kelab itu yang dijangka diadakan pada akhir Februari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Kawat, Tuan Haji Ahmad Redza Arshad dihadiri 13 ajk kawat dan mengambil masa kira satu jam untuk membincangkan kedudukan Sdr Ayob.

Ayob telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Kawat bertarikh 4 November lalu menyatakan peletakkan jawatan beliau sebagai presiden berkuatkuasa pada malam Majlis Aungerah Kewartawanan ExxonMobil/Kawat 2009. Bagaimanapun, jawatankuasa tidak dapat membincang serta mempertimbangkan hasrat Sdr Ayob pada masa itu kerana Timbalan Presiden masih berada di Mekah menunaikan fardhu haji.

Setelah meneliti pandangan daripada Ajk mengenai harsat Sdr Ayob, Timbalan Presiden memutuskan Ayob masih kekal sebagai Presiden Kawat dan jawatankuasa berharap Sdr Ayob dapat meneruskan agenda untuk memartabatkan profesion wartawan melalui Kawat. -mismat-