Khamis, 21 April 2011

YB Khazan Ziarah Pok Him



Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ustaz Khazan Che Mat menziarah pemberita Bernama, Ibrahim Abu Bakar yang uzur di rumah Ibrahim di Kampung Ladang Sekolah, Kuala Terengganu pada 21 April 2011.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat dan beberapa Ahli Jawatankuasa kelab itu.

Ibrahim,68 yang lebih dikenali sebagai Pok Him dikalangan warga media uzur sejak sebulan lalu kerana menghidap sakit gout kini tidak lagi mampu ke pejabat dan hanya berada di rumah ditemani isteri beliau, Zaitun Zakaria.

Pok Him, berkata beliau kini agak sihat sedikit setelah menjalani rawatan pakar di Klinik Pakar Bukit Payung dan kini beliau masih mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Pada kunjungan itu, YB Ustaz Khazan menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu Pok Him mendapatkan rawatan mengubat penyakit yang dihidapinya.

Pok Him juga sebelum ini dikunjungi oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri bersama 15 warga media.

YB Dato' Haji Mohd Nasir menyumbang seunit laptop kepada Pok Him bagi memudahkan Pok Him menulis berita dari rumah.

Pok Him mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin serta rakan-rakan yang sudi menziarah beliau.