Jumaat, 11 Mac 2011

EXCO KAWAT KUNJUNGI PENGARAH UKOM

Presiden KAWAT, Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Shamsuddin Sulong selepas pertemuan KAWAT-UKOM

SERIUS ... Tuan Haji Shamsuddin memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan KAWAT. Terima kasih UKOM.

JAMU ... Exco KAWAT diraikan dalam majlis ringkas makan tengahari di UKOM.


Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) merasa bangga kerana dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Tuan Haji Shamsudin Sulong di Jalan Pejabat baru-baru ini.

Pertemuan selama dua jam itu ternyata telah memboleh kedua-dua pihak mengemukakan pandangan serta idea mengenai pelbagai perkara untuk kepentingan bersama.

Bagi KAWAT, kami sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada UKOM selagi ianya diperlukan sebagaimana yang berlaku sebelum ini. KAWAT bagaimanapun berharap, UKOM dapat membantu dalam konteks menjalinkan hubungan lebih baik dengan kerajaan negeri.

Pendirian itu dinyatakan sendiri oleh Presiden KAWAT, Saudara Ayob Mamat dalam pertemuan tersebut yang dihadiri Exco KAWAT, Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan beberapa pegawai UKOM sendiri.

KAWAT berharap pertemuan rasmi itu tidak akan menjadi yang pertama dan terakhir kerana kedua-dua pihak sebenarnya saling memerlukan.