Rabu, 25 November 2009

Seronok Boling Kawat/Tourism Terengganu

Juara Kejohanan Boling Kawat/Tourism 2009, Pasukan Ukom yang diketuai Aida dan pemain Ain, Black dan Sulaiha menerima hadiah daripada Encik Suhaimi.

Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Encik Suhaimi Abu Hassan dan Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat bersama sebahagian daripada peserta Kejohanan Boling Kawat/Tourism 2009 di Ter's, Kuala Ibai semalam. -mismat-

TAK DISANGKA ... pasukan Kawat 1 menerima hadiah daripada Encik Suhaimi.

Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohd menerima cenderamata khas daripada Encik Suhaimi dan beliau adalah peserta yang paling kuat menerima tepukan kawan-kawan.

Pasukan Kawat 1 yang diketuai oleh Rieta (Ukom), Shuhaimi (Penerangan), Kamal (NST) serta Nik Fariza (Penerangan) berjaya membuat pasukan lain gementar dan lemah lutut.

TANDA PERASMIAN ... Encik Suhaimi membuat balingan ketika merasmikan Kejohanan Boling Kawat/Tourism 2009 di Ter's, Kuala Ibai.

Juara jatuh pin paling banyak, Ain Ukom (kiri) dan Shima Berita Harian menerima hadiah daripada Encik Suhaimi.

Walaupun program yang dirancang memakan masa yang suntuk, namun Kejohanan Boling Mesra Media Kawat-Tourism Malaysia Terengganu berlangsung dengan meriahnya di Terengganu Ekuaterian Resort (TER's), Kuala Ibai semalam (23hb Nov 2009).

Meski pun kejohanan itu tamat hampir pukul 12 tengah malam, namun ia ternyata meriah dengan semua peserta daripada Tourism Malaysia Terengganu dan Kawat termasuk Pengarah Toursm Malaysia Terengganu, Encik Suhaimi Abu Hassan yang sangat sporting pada malam itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Encik Suhaimi mengucapkan terima kasih kepada warga media yang telah menjayakan kejohanan tersebut dan berharap ia akan menjadi acara tahunan.

Selain hadiah wang tunai, pemenang juga menerima hadiah iringan berupa medal, piala iringan dan piala pusingan. Semua peserta juga turut menerima cenderahati daripada penganjur.

Khamis, 19 November 2009

MALAM MESRA PDRM-MEDIA MERIAH

AKRAB ... Bergambar beramai-ramai selepas majlis.

MENCUIT HATI ... Ucapan balas Presiden Kawat, Ayob Mamat

Pantang Dicabar ... Wartawan dan pegawai PDRM menari poco-poco

Ketua Biro Utusan, Wan Ramli Wan Mohamad menerima sumbangan hamper daripada Presiden Kawat, Ayob Mamat

MERIAH ... Tarian poco-poco "pusingan kedua" yang lebih rancak dan meriah

Wartawan NT7. Saudara Mahathir menerima cenderahati daripada Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan mempersembahkan nyanyiannya yang hebat di akhir majlis. Beliau turut menyampaikan lagu duet Seiring Sejalan dengan wartawan NST, Ayu Zarina

Ewahhh ... Ketua Polis Dungun, Tuan Dahlan menari bersama wartawan I-Ling

TIDAK KU SANGKA ... Jurugambar The Star, sAUDARA aZHAR sungguh hebat menyanyi. Inilah kali pertama dia membuat persembahan terbuka.

Malam Mesra PDRM bersama Media yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Polis di Puncak Impian ternyata meriah dengan pelbagai acara dan persembahan nyanyian serta tarian.

Hebatnya pada malam itu, semua wartawan sporting dan dengan selamba bersama menyertai tarian Poco-Poco dan ramai juga yang mempersembahan nyanyian secara "live band".

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika berucap pada majlis itu ternyata gembira dengan majlis tersebut yang menurutnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara PDRM dengan media di Terengganu.

Beliau ternyata memahami peranan dan sumbangan media, maka beliau mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.

Sementara itu, Presiden Kawat, Ayob Mamat pula berkata, selepas ini Kawat pula akan menjadi hos majlis seumpama itu sebagai menghargai peranan serta sumbangan polis.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan pegawai-pegawai kanan polis seluruh negeri.

Apa pun, Kawat mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis tersebut terutama PDRM sendiri yang sudi meraikan kami warga media.

Ahad, 15 November 2009

`Selamat Tinggal Terengganu'


Ahli Kawat yang hadir bagi meraikan pertukaran rakan di Hotel YT Midtown.

Sdr Ayob menyampaikan cenderamata kenangan kepada Puan Hajah Halimathon. -mismat-
Sdr Ayob bersama Puan Hajah Halimathon, Haradian dan Din pada majlis meraikan mereka bertiga yang bertukar ke Kuala Lumpur. -mismat-

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kehilangan tiga ahli yang berwibawa setelah mereka bertukar ke Kuala Lumpur pada pertengahan bulan November. Mereka ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Puan Hajah Halimathon Hamza, Ketua Biro Kosmo, Haradian Shah dan Wartawan Kosmo, Din.

Mereka diraikan pada majlis yang diadakan oleh Kawat yang dihadiri kira-kira 50 ahli di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu.

Ketika berucap pada majlis itu, Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat melahirkan rasa sedih kerana kehilangan tiga ahli yang sentiasa memberi komitmen kepada Kawat.

Presiden, AJK dan ahli Kawat berdoa agar mereka sentiasa berjaya dalam kerjaya mereka dan jangan lupa rakan di Terengganu. -mismat-

DS HISHAM HADIR SAMPAI ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL

Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Gambar) telah pun memberikan pengesahan bahawa beliau akan hadir menyampaikan hadiah pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil bulan depan.

Bagaimanapun tarikh sebenar mengenainya akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. Perkara itu telah dimaklumkan Setiausaha Politik beliau, Dato' Hamid ketika menghubungi Presiden Kawat, Ayob Mamat beberapa hari lalu.

Dato' Hamid turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin akan turut memberikan sedikit bantuan yang diperlukan oleh Kawat.

Sementara itu, Penyelaras Anugerah itu, Abdul Mubin Ismail berkata, keputusan pertandingan telah pun diperolehi daripada Panel Penilai.

Beliau yang juga Bendahari Kawat berkata, Kawat hanya menunggu tarikh majlis penyampaian hadiah diadakan kerana kesemua urusan berkaitan telah pun disiapkan.

Rabu, 11 November 2009

AHLI KAWAT BERTUKAR LAGI

Haradian Shah Hamdan (Kiri)

Hajjah Halimahton Hamza

Kawat akan kehilangan tiga ahlinya yang akan bertukar ke Kuala Lumpur mulai awal tahun depan. Mereka ialah dua Exco Kawat iaitu Puan Hajjah Halimahton Hamza (Pengarah Penerangan Negeri), Haradian Shah Hamdan (Ketua Biro Kosmo!) dan Norzasrudin Mohamed Nor (Kosmo!).

Sebelum ini, seorag lagi exco Kawat iaitu Elmi Rizal Elias dan nasharuddin Mohad (Ketua Biro Metro) telah bertukar ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Kawat akan mengadakan majlis perpisahan yang akan meraikan mereka di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu mulai pukul 5 petang ini (11/11/2009).

Kawat mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka di atas segala kerjasama dan sumbangan kepada kelab sepanjang berada di Terengganu. Mereka adalah sebahagian daripada ahli yang komited dengan Kawat.

Rabu, 4 November 2009

SEGAKNYA WARTAWAN RTM TERENGGANU

Warga kerja Unit Berita Ehwal Semasa RTM Terengganu kini mempunyai baju korporatnya sendiri. Semalam, mereka bergambar beramai-ramai di foyer Terengganu FM dengan penuh segak dan bergaya.

Ternyata, imej baru itu membangkitkan semangat mereka untuk terus bekerja dengan gigihnya dalam membuat liputan berita di Terengganu.

DARI KIRI: Noor Azila Md Sani, Noraini Ghazali, Marina Ahmad, Aziz Che Man, Khalid Abdullah, Ayob Mamat, Rida Suzirawati Muda, Majidah Ismail, Fazura Yahya dan Ashran Mohd Noor.

Isnin, 2 November 2009

Haradian Shah Jalani Pembedahan

Ayob (Kanan) menyampaikan buah tangan kepada Haradian Shah yang menjalani pembedahan saraf ketika menziarahi beliau di KTSC, Kuala Terengganu semalam. -mismat-

Ketua Biro Kosmo! yang juga exco Kawat, Haradian Shah Hamdan yang menjalani pembedahan saraf pada bahagian belakang di Kuala Terengganu Specialist Centre (KTS) sejak beberapa hari lalu kian beransur pulih.

Beliau yang terpaksa bercuti selama dua minggu akibat pembedahan dan penyakit itu kelihatan masih lemah tetapi ceria ketika menerima kunjungan Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Exco Kawat, Suhaimi Ahmad petang semalam (1/11/2009).

Ayob yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur meluangkan masa hampir sejam untuk bertanya khabar mengenai kesihatan Haradian Shah. Beliau turut menyampaikan buah tangan kepada Haradian Shah yang ternyata gembira dengan kunjungan rakan-rakannya itu.

Ayob berkata, Kawat sentiasa prihatin dengan kebajikan ahli dan akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Semoga Haradian Shah akan cepat sembuh. Rakan-rakan yang mahu menziahari beliau, boleh ke bilik 302 hospital berkenaan. -mismat-