Selasa, 4 Ogos 2009

JOM SERTAI PERTANDINGAN FOTO PESTA TERENGGANU

Berita baik kepada peminat seni fotografi. Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Pesta Terengganu 2009 yang sedang berlangsung di Terengganu Enkuisterian (TER's), Kuala Ibai sehingga 15 Ogos ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung Pesta Terengganu dan kesemua gambar mestilah yang dirakamkan di tapak pesta sepanjang program tersebut diadakan dengan tema "Segala-galanya Di Sini".

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 (Pertama), RM750 (Kedua), RM500 (Ketiga) dan RM200 (15 hadiah saguhati).

Yuran penyertaan sebanyak RM5 (Lima ringgit Sahaja) dikenakan kepada setiap peserta yang mana bayaran ini akan didermakan kepada pihak memerlukan sempena Ramadan nanti.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Timbalan Presiden Kawat, Haji Ahmad Redzal Arshad mulai 7hb Ogos 2009 atau hubungi Presiden Kawat, Ayob Mamat di talian 013-9472 800 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Syarat-sayarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada rakyat Terengganu berusia 15 tahun ke atas
2. Gambar yang dirakamkan di tapak Pesta Terengganu 2009
3. Saiz 8 x 12 inci (dicetak)
4. Gambar mesti yang dirakamkan sendiri olen peserta dan panel penilai berhak menolak penyertaan jika berlaku penipuan.
5. Gambar mestilah asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
6. Kesemua gambar akan menjadi hak milik penganjur.
7. Setiap peserta DIWAJIBKAN menyertai rakaman gambar dalam bentuk CD dan cetakan.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang dianggap melanggar syarat, ada unsur penipuan, ciplak atau sebagainya.
9. Syarat-syarat am bergantung kepada Urusetia Pertandingan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18hb Ogos 2009
12. Setiap peserta layak menghantar LIMA penyertaan setiap seorang tetapi mereka hanya layak menang DUA hadiah sahaja.