Isnin, 29 Mac 2010

KEMERIAHAN AHLI KAWAT MENCANDAT SOTONG

Setiausaha KAWAT, Rosamiza Omar termenung di pinggir bot sebab gagal naikkan sotong. Nampak gaya hebat tapi ternyata, sotong lebih pandai memilih mata candat.

Masa nak turun ke laut bukan main, siap makan ubat tapi akhirnya Mek Ja (Bernama TV) kecundang jua apabila mabuk.

Memasang alat mencadat ketika di atas bot... nampak macam pakar tangkap sotong semuanya

Si Azmi Sinar Harian dengan sotong tangkapannya ... Senyum tak habis-habis dengan sotongnya

Gelora di muara sungai menakutkan dan gelombang lebih besar ketika di lautan

Bersiap sedia untuk menaiki bot ketika di jeti... Kawat boleh!

Ketua Biro Kosmo!, Mustafa Lakawa yang pertama kali menyertai acara mencandat bersama sotong sulung yang ditangkapnya. Semangat dia, nak pergi lagi katanya.

Ini satu lagi. Tak tahu apa masalah si Azlan Baharom, Jurugambar Utusan yang tak sabar-sabar nak makan sotong sehingga yang mentah pun dia nak sapu.

Seramai sembilan orang ahli KAWAT telah menyertai Fiesta Mencandat Sotong TM 2010 bagi sirkit pertama yang diadakan di perairan Pulau Kapas, Marang.

Memang bersemangat dan tahniah kepada peserta yang berjaya menaikan sotong. Lihatlah foto-foto ini dan anda terjemahkannya sendiri akan kehebatan serta kemeriahannya.