Isnin, 15 Ogos 2011

Gembira Dapat Duit Raya

Sdr Ayob dan Ajk Kawat selepas majlis penyampaian duit raya dan hamper serta mesyuarat AJK di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Ajk Kawat, Sdr Yassin Embong dan rakan lain gembira menerima `duit raya' daripada Presiden.

Presiden menyampaikan hamper dan `duit raya' kepada bakal ibu yg juga AJK Kawat, Puan Aida Abd Rahman.

AJK Kawat yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa Kawat di Hotel Tanjung Vista.

Presiden ketika mempengerusikan mesyuarat AJK di Hotel Tanjung Vista.

Penolong Bendahari Kawat, Sdr Nick Faridzal menerima `duit raya' dan hamper daripada Presiden.

Bagi menghargai penat lelah ahli jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi memastikan imej serta kebajikan warga media di Terengganu terpelihara, Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat menyediakan sedikit imbuhan raya kepada mereka.

Majlis penyampaian `duit raya' dan hamper diadakan selepas mesyuarat AJK Kawat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 14 Ogos 2011.

Pada majlis itu, Sdr Ayob, berkata `duit raya' itu diberikan kerana komitmen yang diberikan oleh AJK Kawat dalam usaha memartabatkan profession kewartawanan khususnya di Terengganu selain sentiasa berusaha memajukan kelab dengan pelbagai akitiviti.

Selain itu, pemberian hamper dan `duit raya' itu diharap dapat menceriakan lagi Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sebelum itu, pelbagai agenda telah diperbincangkan pada mesyuarat AJK termasuk Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxon Mobil yang dijadual diadakan pada 29 Sepetember depan.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan program Ziarah Media sempena bulan Ramadan iaitu mengunjungi mereka yang memerlukan sumbangan termasuk miskin, sakit terlantar dan ibu tunggal.

Program dengan kerjasama Top IT itu telah mengenalpasti sepuluh penerima sumbangan dan program akan bermula awal minggu hadapan. -shuhaimi ahmad-