Isnin, 25 Mei 2009

SELAMAT BERANGKAT KE BANGKOK

Lawatan ahli Kawat ke Bangkok yang sebelum ini dikatakan terpaksa ditangguhkan kepada 26hb Jun 2009 telah diputuskan DIKEKALKAN pada 28hb Mei 2009 iaitu jadual asal selepas penangguhan kali kedua.
Kesemua ahli yang berkaitan telah pun dimaklumkan mengenai jadual tersebut. Bagaimanapun kepada mana-mana ahli yang masih mempunyai masalah maklumat, mereka boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Rosli Zakaria di talian 019-980 7345 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Kawat memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku kerana semua itu adalah di luar urusan dan ketentuan dari pihak Kawat.