Khamis, 30 Disember 2010

Tunjuk Bakat Pada Bowling Motour-Media 2010

Juara, Pelancongan SUK Terengganu selepas menerima hadiah daripada Mohd Fathil.

Pasukan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu disertai oleh dari kiri; Safri, Hadi, Shuhaimi dan Juhaida beraksi dengan penuh gaya.

Dua pemain harapan, Hadi Tahar dan Shuhaimi Ahmad dari pasukan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dengan aksi tersendiri ketika membuat lontaran.

Aksi hebat ketua pasukan Kawat, Khairul Azlam ketika membuat lontaran.

Pemain mendaftar sejurus tiba di Pusat Bowling U Bowl, Mesra Mall, Kertih.


Jurukamera Bernama TV, Ridzuan Rizal melakukan senaman ringan sebelum kejohanan bermula.

Pasukan yang tidak kurang hebat, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu menerima hadiah daripada Mohd Fathil setelah berjaya menduduki kedudukan 10 pasukan terbaik.

Pemain gembira terutama Jurukamera TV3, Aziz Abdullah setelah pasukan beliau diumumkan pemenang tempat ketiga.

Pasukan Kawat diketuai Khairul Azlam menerima hadiah daripada Mohd Fathil.

Peserta Kejohanan Bowling Motour -Media 2010 gembira bersama hadiah yang diterima selepas berhempas pulas di lane.



Kejohanan Bowling Motour - Media 2010 anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu yang diadakan di U Bowl Mesra Mall, Kertih, Kemaman berjaya mencungkil bakat baru di kalangan warga media dalam sukan bowling.

Kejohanan yang disertai 13 pasukan mewakili media, jabatan kerajaan berkaitan komunikasi media dan pelancongan berlangsung kira-kira dua jam bermula 9 malam 29 Disember 2010 lalu.

Walaupun kehebatan pemain amat jauh jika dibandingkan dengan pemain kebangsaan namun bakat serta kebolehan pemain pada kejohanan itu tidak boleh diperkecilkan.

Tiga belas pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Berita Harian, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Pelancongan SUK Terengganu, Pejabat Kemeterian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu A dan B, RTM A dan B, Harian Metro dan TV3.

Pasukan Pelancongan SUK Terengganu menjuarai kejohanan itu manakala tempat kedua dimenangi pasukan Kawat. Pemain pasukan Kawat, Mohd Kamal Ariffin muncul pemain terbaik dengan kejatuhan pin paling banyak manakala Pengawal Berita RTM dari pasukan RTM A, Rida Suzilawati muncul pemain yang paling sedikit kejatuhan pin.

Semua hadiah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Fathil Ghani. Turut hadir pada kejohanan itu ialah Timbalan Presiden Kawat, Haji Ahmad Redza Arshad. -shuhaimi ahmad-

Rabu, 22 Disember 2010

JKM Rai Kawat


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu meraikan warga media pada majlis Malam Mesra Media - JKM di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 20 Disember 2010 lalu.

Kira-kira 30 warga media hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Yahya Khatib Mohamad dan Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar. Hadir sama ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu, Sdr Ayob mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada JKM kerana sudi meraikan warga media serta mewujudkan semangat kerjasama antara jabatan itu dengan media.

Katanya, hanya beberapa agensi kerajaan sahaja yang menyedari pentingnya hubungan antara jabatan dan media manakala yang lain sering `terlupa' akan peranan media dalam membangunkan negara dan masyarakat.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan menghiburkan oleh kanak-kanak kelainan upaya dengan nyanyian dan tarian. -shuhaimi ahmad-

Ahad, 12 Disember 2010

Pertemuan Mesra Kawat - Media Pahang

Sdr Ayob menyampaikan taklimat kepada ahli Kawat sejurus rombongan tiba di Hotel MS Garden, Kuantan.

Hubungan mesra warga Kawat - Media Pahang ketika bertemu pada dinner di Hotel MS Garden, Kuantan.

Walaupun sibuk dengan aktiviti, warga Kawat tetap menunaikan solat secara berjemaah dalam bilik hotel di Hotel MS Garden, Kuantan.

Aksi mantap Tuan Presiden ketika membalas pukulan lawan.

Pasangan Kawat, Sdr Ayob dan Salma menunjukkan aksi hebat mereka ketika menentang Media Pahang.

Pasukan hebat Kawat (Baju Happy) dan Media Pahang bergambar sebelum perlawanan ping pong di Pejabat Agama Islam Kuantan.

Warga media Terengganu mendaftar pada dinner Kawat - Media Pahang.

Rakan media Terengganu yang hadir pada dinner Kawat - Media Pahang.

Ahli Kawat dan Media Pahang menikmati hidangan makan malam.

AJK Kawat, Shuhaimi, Yasin dan Aida pada dinner Kawat - Media Pahang di Hotel MS Garden, Kuantan.

Setiausaha Kawat, Rosamiza dan Penolong Bendahari, Nik Faridzal `menangkap' Penolong Setiausaha Kawat, Yassin Embong yang cuba lari ketika diminta membuat persembahan pada dinner Kawat - Media Pahang.

Tetamu terhibur dengan persembahan hiburan ahli Kawat serta ahli Kelab Media Pahang.

Sdr Ayob menyampaikan cenderamata kepada Sdr Nik Naizi.

Tuan Haji Wahab menyampaikan cenderamata kepada Sdr Ayob.

Sdr Nik Naizi menyampaikan cenderamata kepada Sdr Ayob.

Persembahan mantap dan menghiburkan daripada artis residen Kawat, Shaq (kiri) dan I Ling.
Ahli Kawat bergambar kenangan bersama Pengurus Jualan MS Garden, En Jamil Ahmad selepas selesai `check out' dari Hotel MS Garden, Kuantan.


Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan kunjungan ke Kuantan pada 10 dan 11 Disember 2010 lalu untuk mengadakan pertemuan mesra dengan Kelab Media Pahang bertujuan mengeratkan hubungan `kekeluargaan' dengan rakan media di Pahang.

Seramai 33 ahli Kawat menyertai rombongan yang diketuai oleh Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat dengan menaiki bas yang disewa khas oleh Kawat.

Pada kunjungan itu, tiga perlawanan persahabatan diadakan iaitu perlawanan ping pong, badminton dan futsal dan diadaka dalam suasana mesra dan ceria walaupun pemenang atau yang kalah tidak mendapat hadiah.

Pada sebelah malam, Kelab Media Pahang mengadakan majlis makan malam bagi meraikan rombongan Kawat dan diadakan cabutan bertuah, persembahan hiburan artis daripada kedua kelab media itu selain penyampaian cenderamata kepada semua tetamu yang hadir.

Turut menyerikan malam itu ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Tuan Haji Abdul Wahab dan Presiden Media Pahang, Sdr Nik Naizi.

Sdr Ayob ketika menyampaikan ucapan mengucapkan terima kasij kepada Media Pahang terutama Tuan Haji Wahab, Nik Naizi , pengurusan Hotel MS Garden dan DIGI.
-shuhaimi ahmad-