Jumaat, 23 Oktober 2009

BADMINTON KAWAT-PDRM ERATKAN HUBUNGAN

Gandingan mantap dari RTM

Pasangan Aziz Abdullah (TV3) dan Arjasneh (Bernama)

Fauzi Baruddin (Utusan) sedang memulakan perlawanan

Kenangan .. Bergambar beramai-ramai selepas permainan

Tanda ingatan ... Kawat menyampaikan cenderahati kepada pasukan polis


Perlawanan badminton persahabatan antara Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berlangsung dengan meriahnya di gelanggang badminton Riyaz, Pulau Duyong yang terkenal dengan lokasi perlumbaan perahu layar dunia, monsun cup.

Sebanyak sepuluh regu terdiri daripada lima regu Kawat dan lima regu Perkep yang mewakili PDRM.

Pasukan wanita Perkep bagaimanapun beraksi cemerlang dengan menewaskan wartawan wanita (Kawat) dengan mata 4-1, manaka regu lelaki hanya mampu seri.

Seramai 50 orang penyokong masing-masing turut hadir memberikan semangat kepada para pemain.

Perlawanan tersebut antara lain bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara PDRM dengan warga media di Terengganu.