Khamis, 6 Mei 2010

Pelbagai Program Kawat

Presiden mempengerusikan mesyuarat Kawat kali kedua penggal 2010/12 di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu.


Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan mesyuarat kali kedua bagi penggal 2010/12 di Bilik Mesyuarat Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu pada 5 Mei 2010 lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat dan dihadiri hampir keseluruhan exco serta tiga exco dilantik membincangkan pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan bagi memenuhi matlamat kelab iaitu mempertabatkan bidang kewartawanan.

Antara yang dibincangkan ialah majlis pertemuan exco Kawat dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato' Ibrahim Yahya di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Pertemuan yang diaturkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia yang juga mantan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu serta mantan exco Kawat, Hajah Halimathon Hamza dijangka diadakan pada 21 Mei ini.

Selain itu, pada hari yang sama, rombongan exco Kawat akan mengadakan pertemuan dengan pagawai-pegawai kanan ExxonMobil bagi membincangkan sambutan 25 tahun Kawat dan anugerah kewartawanan yang dijangka lebih hebat dengan pelbagai kategori yang akan ditambah.

Pada sebelah malam hari yang sama, exco Kawat dijangka mengadakan majlis makan malam bersama bekas ahli Kawat yang berada di Kuala Lumpur dan sempena dengan majlis itu, Kawat akan melancarkan Kelab Alumni Kawat.

Sehubungan itu, Presiden meminta semua bekas ahli Kawat menghubungi beliau ditalian 0139472800 atau Kamaruddin Mat Akib 0199831602.

Selain itu, mesyuarat juga membincangkan beberapa program yang akan dianjurkan bersama dengan agensi kerajaan, parti politik dan syarikat swasta.

Tenaga Nasional Berhad akan mengadakan majlis bersama media di Pulau Redang manakala Pas Perhubungan Negeri akan mengadakan majlis makan malam dengan Kawat pada 26 Mei 2010 di Hotel Permai Inn.

Selain itu, Kawat akan mengadakan malam mesra bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bagaimanapun, tarikh serta tempat belum diputuskan oleh Kawat.

Pada mesyuarat itu, Ayob meminta agar setiap ahli Kawat memberikan komitmen kepada kelab dan sentiasa menyertai program yang dianjurkan dan bagi ahli yang inginkan maklumat lebih lanjut dengan program yang akan diadakan, hubungi Ayob atau exco Kawat, Shuhaimi Ahmad ditalian 0139841913. -mismat-