Ahad, 2 Januari 2011

Malam Anugerah 5 Jan


Malam yang dinanti oleh warga media Terengganu - Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 akan diadakan mulai jam 8 malam pada 5 Januari 2011 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat ketika ditemui selepas mesyuarat khas Kawat, berkata kira-kira 250 tetamu termasuk ahli Kawat serta pasangan masing-masing dijangka hadir pada malam yang penuh gemilang itu.

Katanya, selain itu turut hadir ialah Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai kanan ExxonMobil dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 menyediakan pelbagai kategori hadiah seperti Anugerah Khas Presiden, Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Berita Sukan Terbaik, Foto Terbaik, Audio Visual Terbaik dan DJ Terbaik.

Pada malam itu, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan menarik penyanyi lagu rakyat Negeri Pahang, Roslan Madun.

Sehubungan itu, Sdr Ayob dan semua Ahli Jawatankuasa Kawat berharap semua ahli dapat hadir bersama pasangan masing pada malam yang penuh bersejarah itu. -shuhaimi ahmad