Ahad, 23 Januari 2011

MALAM MESRA MEDIA DENGAN TEMA "MALAM MUDA-MUDI"

Antara ahli KAWAT yang hadir.

buat pertama kali, Moksin Bukhari (Bernama - kanan) menyanyi lagu Aku Semut Merah disaksikan Khalid (RTM-tengah) dan Ayob Mamat (Presiden Kawat)

Exco Kawat, Md Yassin Embong (NST-Tengah) mengesat peluh apabila dipaksa menyanyi oleh SU Kawat, Rosamiza Omar (Kiri) dan Zahari (Bujal - Kanan)

Inilah wartawan yang bijak bermain muzik

MENGEJUTKAN ... Penolong Bendahari Kawat, Nik Fariza Nik Jaafar dengan rambut palsunya yang menawan kalbu.

Khalid Abdullah bersama Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu ketika menceduk makanan BBQ

Presiden Kawat, Ayob Mamat tersenyum ketika berucap kerana lucu melihat gelagat spoting ahli Kawat pada malam tersebut.

MERIAH ... Sebahagian ahli KAWAT bergambar gembira

NAH INI DIA ... Semuanya spoting menari Poco-Poco sehingga hendak pecah perut ketawa

HEBAT ... Sgaqbella (baju hitam-TV3) mengajak ahli KAWAT menari mengikut rentak lagu dangdut yang dinyanyikannya.

JANGAN LARI ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (depan) dan Md Yassin Embong (belakang) cuba melarikan diri selepas dikepong untuk diajak menari "poco-poco"

LUAR DUGAAN ... buat pertama kali dengan suara serak-serak kering, Noor Shamsiah Mohamad mendendangkan lagu Ella sehingga Rosamiza (baju belang) dan Nik Fariz dah naik sheikh.

MAT SLOW ... Sharom Bakar (belakang) bersama Bujal menyanyikan lagu Biar Bulan Bicara.

DAPAT HADIAH ... Pemilik NK GlamourRish Spa, Puan Hazlina Kasim menyampaikan hadiah tajaannya kepada wartawan Lew I Ling.

AIK ... Bendahari Kawat, Abdul Mubin Ismail menyanyikan lagu Keagungan Tuhan.

KERANA DAPAT ANAK BARU ... Presiden Kawat, Ayob Mamat menyampaikan sumbangan kepada wartawan Sinar Harian yang mendapat anak pertama baru-baru ini.

MENGEJUTKAN ... Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar membuka tirai dengan tarian yang menyeramkan bersama Lew I Ling


MERIAH ... itulah yang dapat dirumuskan mengenai Malam Mesra Media KAWAT dengan tema "Pesta Muda-Mudi" yang berlangsung di YT Midtown Hotel, Kuala Terengganu semalam.
Dengan kehadiran lebih 70 orang ahli, majlis itu dapatlah dianggap berjaya dan telah mencapai matlamat bagi mengumpul ahli dalam suasana yang santai.
Program tersebut diadakan sebagai usaha Kawat untuk mengadakan acara pertemuan pada setiap bulan melalui beberapa aktiviti yang akan difikirkan sesuai.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan malam tersebut. Anda semua spoting.

Sabtu, 8 Januari 2011

Seronok Kacau Sura




Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sekali diundang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, YB Ahmad Razif Abdul Rahman untuk turut sama menyertai pertandingan memasak bubur asyura peringkat DUN Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 8 Januari 2010 lalu.

Acara pertandingan memasak bubur asyura diadakan setiap tahun oleh YB Ahmad Razif sejak tiga tahun lalu dan kali ini adalah acara yang kedua kali disertai oleh Kawat.

Kawat yang diberikan seunit periuk besar oleh penganjur memulakan acara memasak jam 8.30 pagi dengan ramuan disediakan oleh Ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Terengganu (Pertis)dan ahli Kawat bertindak sebagai `pengacau'.

Kawat yang disertai oleh tujuh Ahli Jawatankuasa diketuai oleh Presiden, Sdr Ayob Mamat memulakan `kayuhan' jam 9 pagi dan tamat kira-kira jam 12 tengah hari.

Walaupun keletihan, namun semangat serta keseronokan menyertai acara tradisi itu, keletihan yang dirasai hilang begitu sahaja.

Sebanyak 29 kawah/periuk disediakan oleh penganjur untuk dimasak oleh kumpulan terdiri daripada taman-taman perumahan, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan seperti polis dan tentera.

Jumaat, 7 Januari 2011

Malam Penuh Gemilang AKKEM

Wartawan Utusan Malaysia, Manirah Othman menerima hadiah pertama bagi kategori Rencana Terbaik.


Malam penuh bermakna buat wartawan Teganukita, Puan Aida Rahman yang memenangi tempat pertama kategori Berita Sukan Terbaik dan ketiga bagi kategori Rencana Terbaik.


Jurukamera TV3 Terengganu, Aziz Abdullah menerima hadiah kategori Berita TV Terbaik.


Hadiah pertama untuk Rozainah Zakaria bagi kategori Foto Terbaik.


YB Yahya menyampaikan Anugerah Khas Presiden kepada Sdr Mohd Noor Amin.


Ucapan perasmian oleh YB Yahya Khatib Mohamad.


Memikirkan siapa yang menang...


Pengarah Urusan Perniagaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Puan Fatimah Merican ketika menyampaikan ucapan pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Tetamu kehormat, YBhg Dato' Che Mat Jusoh (kanan), Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Mustaffa Abd Kadir dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Puan Hajah Azizah Awang turut hadir pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Ucapan Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Pegawai Penyelidik Kanan Pejabat Menteri Besar Terengganu, Sdr Hambali Latif (kiri) turut hadir pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Persembahan menghiburkan daripada penyanyi lagu-lagu rakyat Negeri Pahang, Roslan Madun pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Malam yang ceria buat ahli Kawat yang hadir pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Sebahagian ahli Kawat yang hadir pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


YB Yahya dan Sdr Ayob berbual mesra sebelum majlis makan malam bermula pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010


Persembahan penuh warna warni oleh penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Pertemuan mesra antara pemimpin dua parti politik berlainan, Yb Yahya Khatib (BN) dan Adun Ladang, YB Tengku Hassan Tengku Omar pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Yahya Khatib Mohamad diiringi Sdr Ayob Mamat ke dewan utama.


Tetamu yang hadir disambut dengan permaidani merah (Red Carpet) serta penari yang mengenakan baju tradisional.



Eksekutif ExxonMobil, Mohd Ikram tiba di Dewan Utama Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu untuk menhadiri aMalam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010.

Malam yang penuh gemilang - ceria, `suspen' dan menghiburkan. Begitulah yang dapat digambarkan Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 5 Januari 2011 lalu.


Dengan kehadiran kira-kira 250 tetamu termasuk Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional dan Pas, pegawai kanan kerajaan dan ahli Kawat serta isteri, diserikan pula dengan persembahan tarian dan nyayian, dicuitkan dengan ucapan perasmian yang lucu tapi bermakna, menjadikan malam itu penuh dengan nostalgia pada mereka yang hadir.

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Yahya Khatib Mohamad itu adalah majlis seumpamanya yang diadakan oleh Kawat sejak 25 tahun lalu tanpa gagal.

Ketika berucap pada majlis itu, Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ExxonMobil yang terus menyokong penganjuran anugerah bermula dengan hanya nilai penajaan RM5,000 dan kini telah menaikkan nilai penajaan sebanyak RM70,000 dan jumlah itu adalah sangat bererti buat warga media Terengganu kerana menampakkan media Terengganu sentiasa dihargai oleh ExxonMobil.

Pada malam itu, lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Penulisan Berita Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Berita Sukan Terbaik, Rencana Terbaik, Foto Terbaik, Berita TV Terbaik, Anugerah Khas Radio dan Anugerah Khas Presiden.

Bagi penulisan Berita Terbaik, tempat pertama dimenangi oleh Manirah Othman (Utusan Malaysia), kedua Hazlan Hassan (Harian Metro) dan ketiga Khairul Azlam Mohamad (Harakah).

Wartawan Berita Harian, Haneeyzah Baharuddin mendapat tempat pertama, kedua Ahmad Rabiul Zulkifli (Harian Metro) dan ketiga Irman Hashim (Utusan Malaysia).

Tempat pertama Kategori Berita Sukan Terbaik dimenangi oleh wartawan Teganukita, Aida Rahman, kedua Zainuddin Mohamad (NST) dan ketiga Ibrahim Bakar (Bernama).

Kategori Rencana Terbaik dimenangi oleh Manirah Othman (Utusan Malaysia), Mohd Lazim Endut (Sinar Harian) dan ketiga Aida Rahman (Teganukita)

Jurufoto Berita Harian, Rozainah Zakaria menggondol tempat pertama bagi kategori Foto Terbaik, kedua Azlan Baharom (Utusan Malaysia) dan ketiga Aswadi Alias (Berita Harian).

Bagi kategori Berita TV Terbaik dimenangi oleh Aziz Abdullah (TV3), kedua Khalid Abdullah (RTM) dan ketiga Nur Fazlizai Ali (TV Bernama).

Juruhebah Terengganu FM, Azrul Faizal Jusoh menerima Anugerah Khas Radio manakala Jurufoto Utusan Malaysia Kuala Lumpur yang juga pendaki solo negara, Mohd Noor Amindianugerahkan Anugerah Khas Presiden.
-shuhaimi ahmad-