Rabu, 28 Julai 2010

PETRONAS GAS ANJUR BOLING BERSAMA MEDIA

para peserta boling persahabatan Petronas Gas dengan Media di TER's,
Kuala Terengganu hari ini (28/07/2010)

Hubungan antara Petronas Gas dengan media di Terengganu terus terjalin. Hari ini misalnya, mereka menganjurkan Kejohanan Boling Persahabatan Petronas Gas-Media di Terengganu Equesterian Resort, Kuala Terengganu.

Walaupun hari bekerja, namun ramai juga ahli KAWAT yang turun beraksi mempamerkan kebolehan masing-masing.

Kejohanan itu bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak yang selama ini sudah sedia terjalin.

Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

JPJ PULA RAIKA MEDIA

Sebahagian rakan-rakan media yang hadir

Presiden Kawat, Ayob Mamat (batik) mengiringi Pengarah JPJ, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie beramah mesra bersama rakan-rakan media.

Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) sentiasa mendapat perhatian umum. Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meraikan rakan-rakan media dalam majlis makan malam di perkarangan Ibu Pejabat JPJ, Jalan Hiliran.

Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie yang terkenal sebagai seorang yang mesra media bukan sahaja meraikan wartawan dan jurugambar dalam majlis makan malam tetapi juga menyediakan persembagan wayang kulit yang istimewa.

Ternyata, majlis yang ringkas itu amat besar ertinya kepada warga media di Terengganu yang sudah pasti dapat membantu ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

KAWAT mengucapkan jutaan terima kasih kepada JPJ Terengganu khususnya kepada Tuan Abdul Rahman Emang Anyie yang sudi meraikan kami. terima kasih daun keladi.

Selasa, 6 Julai 2010

Bilik Media Mudahkan Media

Datuk Mohd Shukri mengadakan sidang akhbar pertama di Bilik Media IPK selepas merasmikan bilik itu di Dewan Redang IPK Terengganu. -Foto BERNAMA

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan merasmikan Bilik Media di Dewan Redang Ibupejabat Polis Kontingen Terengganu semalam. (5/7/2010)

Bilik Media yang diilhamkan oleh Datuk Mohd Shukri memudahkan media untuk mendapatkan maklumat, berita serta tempat sidang media.

Katanya, sebelum ini media sidang media diadakan di tempat yang tidak menentu termasuk di Bilik Gerakan atau bilik ketua jabatan masing-masing dan keadaan ini sering mengelirukan media dan ada yang terlewat tiba di sidang media kerana tersesat.

Dengan adanya Bilik Media, pihak media kini tidak lagi tertanya-tanya di mana sidang akhbar diadakan dan mereka hanya perlu ke Bilik Media untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sementera itu, Timbalan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Tuan Haji Ahmad Redza mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohd Shukri atas komitmen yang diberikan kepada pihak media.

Katanya, kewujudan Bilik Media itu menunjukkan semangat kerjasama antara media dan polis semakin kukuh. -shuhaimi ahmad-