Khamis, 16 Oktober 2008

KEPUTUSAN AKKEM SUDAH SAMPAI KE TRG

Tersergam Indah ... Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam

KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Jawatankuasa Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2008 sudah pun menerima keputusan daripada panel hakim di Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Abdul Mubin Ismail berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan keperluan penting sebelum berlangsungnya AKKEM 2008 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) termasuk framekan sijil pemenang, menyediakan cenderahati dan lain-lain.

"Pada keseluruhannya, keputusan tahun ini boleh dianggap menarik," katanya ringkas di sini semalam.

Katanya, peserta diminta bersabar dalam menunggu keputusan tersebut.

Kawat dengan kerjasama Unit Komunikasi (UKOM) juga akan menganjurkan Pameran Wajah-Wajah Terengganu sempena program tersebut yang menghimpunkan hasil karya pertandingan fotografi yang dianjurkan tahun lalu.