
Badan Perhubungan Pas Terengganu melalui Lujnah Penerangan dan Dakwah menganjurkan Majlis Makan Malam Mesra Media di Hotel Permai Park Inn pada 3 Jun 2010 baru-baru ini.
Majlis yang disertai oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu
Dato' Harun Taib serta kepimpinan tertinggi Pas Terengganu diadakan bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara media Terengganu dan PAS Terengganu selain bertukar-tukar fikiran.Kira-kira 30 ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) termasuk ketua-ketua biro menghadiri majlis itu. Presiden Kawat, Ayob Mamat turut hadir.
Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dan selepas itu diadakan sesi dialog antara wartawan dengan pemimpin tertinggi PAS Terengganu.





