Selasa, 28 April 2009

LAWATAN KE BANGKOK 28HB MEI

Lawatan kumpulan kedua ahli Kawat ke bangkok, Thailand yang akan diadakan pada 28hb Mei ini. Ia berikutan keadaan keselamatan di sana sudah semakin reda dan perintah daruraat juga sudah ditarik balik oleh kerajaan Thailand.
Lawatan itu sepatutnya diadakan pada 16 April lalu tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.
Oleh itu,, semua ahli berkaitan diharap dapat mengambil perhatian terhadap perkara tersebut. Sebarang masalah, sila hubungi SU Kawat, Puan Aida Abdul Rahman.

Rabu, 15 April 2009

LAWATAN KE BANGKOK DITANGGUHKAN

(Gambar Hiasan)

Lawatan 30 ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) ke Bangkok yang sepatutnya bermula hari ini (Khamis) terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan berikutan kemelutan politik di negara Thailand. Walaupun keadaan dikatakan kembali tenang sejak semalam, namun perintah darurat masih belum ditarik balik.

Kepada semua ahli, lawatan ini akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudiannya. Ahli yang telah tersenarai dan berdaftar bagi menyertai lawatan ini akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai lawatan ini.

Harap maklum

Khamis, 9 April 2009

TAHNIAH DATUK AHMAD SHABERY CHEEK

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Parlimen Kemaman yang juga bekas Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam pembentukan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi.

Kami yakin dan percaya bahawa beliau adalah seorang pemimpin Terengganu yang berwibawa dan mampu menerajui kementerian barunya dengan baik.

Sepanjang menjadi Menteri Penerangan, beliau telah banyak membantu Kawat dan beliau juga telah menjadi penyampai kepada Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil tahun lalu.

Tahniah ...

Isnin, 6 April 2009

AHLI KAWAT KE BANGKOK LAGI

Ahli Kawat yang menyertai lawatan ke Bangkok menikmati buah-buahan ketika melawat taman pertanian Supatraland di Rayong. -Foto dari laman web UKOM.

Selepas hampir 40 orang ahli Kawat menyertai lawatan selama tiga hari ke Bangkok, Thailand pada pertengahan bulan lalu, sekumpulan 35 ahli Kawat lain akan menyertai kumpulan kedua menyertai lawatan ke tempat sama selama tiga hari bermula 16 April ini.

Lawatan ini adalah dibiayai sepenuhnya Pejabat Menteri Besar Terengganu hasil pertemuan Kawat dengan Menteri Besar, YAB Dato' Ahmad Said.

Kawat mengucapkan terima kasih kepada MB Terengganu di atas penajaan lawatan ini.