Isnin, 28 Februari 2011

Kawat di Bandung dan Jakarta

YB Ustaz Khazan Che Mat (berdiri,berbaju putih) bergambar bersama ahli rombongan media di Bandung.

Wartawan NTV7, Sdr Mahathir Daud dan Wartawan Siasah, Sdr Khairul Azlam membeli belah di Pasar Baru, Bandung.

Suasana yang sering dilihat di Kota Bandung.


AJK Kawat yang juga wartawan akhbar Siasah, Khairul Azlam bergambar kenangan dengan patung hiasan selepas membeli belah di Rumah Mode, Bandung.

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri Terengganu mengadakan lawatan tiga hari ke Bandung dan Jakarta, Indonesia bermula 24 Mac 2011 lalu.

Rombongan yang diketuai Ahli Exco Negeri Terengganu, YB Ustaz Khazan Che Mat disertai seramai 20 peserta terdiri daripada Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Hajah Azizah Awang, ahli jawatankuasa Kawat, Ketua-Ketua Biro dan warga media Terengganu .

Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli Kawat terutama warga media, suasana kehidupan di negara jiran itu selain dapat mewujudkan semangat kekitaan antara warga media dan agensi kerajaan yang terbabit dengan media.

Pada lawatan tiga hari itu, rombongan dibawa ke tempat menarik di sekitar Bandung dan Jakarta terutama kawasan tumpuan membeli-belah yang ternama di Indonesia.

PESAT – KAWAT JALIN HUBUNGAN

Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan Ibrahim.

Rombongan Kawat bergambar bersama Exco Pesat pada majlis pertemuan Kawat - Pesat di Sri Damansara, Selangor.

Sdr Ayob ketika memperkenalkan AJK Kawat dan Ketua-ketua Biro akhbar kepada Tuan Haji Ramlan.

Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan (kiri) dan Presiden Kawat, Ayob Mamat (kanan) bersama AJK di bangunan Pesat di Sri Damansara, Selangor.

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menjalinkan hubungan dengan Persatuan Anak Terengganu di Wilayah Persekutuan dan Selangor (Pesat) dalam usaha memartabatkan negeri Terengganu melalui kelab dan persatuan itu selain memperatkan silaturahhim antara ahli.

Pada pertemuan pertama Kawat dengan Pesat yang berlangsung dalam semangat kekeluargaan di bangunan baru Pesat di Sri Damansara, Selangor pada 23 Mac 2011 lalu, beberapa agenda dibincangkan bertujuan memberi manfaat kepada kedua-dua badan bukan kerajaan itu selain berkepentingan untuk mempertingkatkan imej Terengganu pada masyarakat luar Terengganu.

Pertemuan yang diketuai oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat dan ahli jawatankuasa kelab yang turut disertai ketua-ketua biro dan wakil media bertemu dengan Pesat yang diketuai oleh Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan Ibrahim berlangsung hampir dua jam di bangunan baru berharga RM4 juta milik persatuan itu.

Ketika berucap pada pertemuan itu, Ayob mengucapkan terima kasih kepada Pesat kerana sudi menerima kunjungan Kawat dan berharap beberapa aktiviti demi kebaikan bersama akan diadakan dalam masa terdekat.