Khamis, 14 Februari 2013

Dato' Jai kunjung Pusat Media










Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah mengunjungi Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada 12 Februari 2013 lalu.

Beliau yang disambut oleh Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat dan ahli Kawat meluangkan masa hampir sejam sambil menikmati minum petang bersama rakan media.

Pada kunjungan itu, beliau turut mengagihkan buku terbaru mengenai YAB Perdana Menteri kepada rakan media yang hadir serta berterima kasih kepada pihak media kerana sering membuat liputan program-program kerajaan.


Hubungan Erat Kawat - Dato' Nasir










Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri tidak pernah jemu untuk `berkawan' dengan media dan sikap beliau terhadap media sering disenangi oleh golongan itu.

Selain sering meraikan rakan media pada jamuan teh, makan malam dan sumbangan serta sokongan beliau kepada Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), beliau juga tidak pernah menghampakan undangan serta jemputan kelab itu pada setiap majlis yang diadakan.

Baru-baru ini, YB Dato' Mohd Nasir melakaukan kunjungan kepada Pusat Media Kawat di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di situ.

Pada kunjungan itu, beliau disambut oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat dan pada ucapan aluan, Sdr Ayob mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Mohd Nasir kerana sudi mengunjungi Pusat Media Kawat selain sokongan yang sentiasa diberikan oleh beliau kepada pihak media.

YB Dato' Mohd Nasir juga berterima kasih kepada media kerana sentiasa membuat liputan mengenai program yang diadakan di Parlimen Kuala Nerus.

Beliau juga menikmati sarapan pagi bersama rakan media sambil berbual mengenai hal semasa dan politik.