Khamis, 13 Ogos 2009

SEPETANG BERSAMA DATO' NASIR

Dato' Nasir melayan ahli Kawat pada majlis meraikan media di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.-mismat-

Dato' Nasir menyampaikan cenderahati berupa sepasang kain untuk baju Melayu kepada wartawan Bernama, Tuan Azam Tuan Johan. -mismat-


Dato' Nasir (tengah) bergambar bersama ahli Kawat selepas majlis Hi Tea. mismat-


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri semalam meraikan rakan-rakan media dalam satu majlis jamuan minum petang di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu.

Beliau menjadi Ahli Parlimen pertama di Terengganu yang mengadakan pertemuan dengan media menjelang Ramadan nanti. Pertemuan dalam suasana yang amat santai itu telah mendapat sambutan hangat apabila lebih 5o wartawan dan jurugambar hadir pada majlis tersebut.

Usaha YB Dato' Mohd Nasir itu sememangnya tepat pada waktunya memandangkan pada bulan Ramadan nanti, rakan-rakan media pasti akan sibuk dengan jemputan berbuka puasa.

Presiden Kawat, Ayob Mamat menyifatkan majlis itu sebagai amat penting dan berharap usaha yang sama akan diikuti oleh pelbagai pihak lain bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dengan media di Terengganu.

PENYERTAAN ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL DITUTUP

Pencalonan bagi Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2009 telah pun ditutup dan sekarang dalam proses semakan serta pengesahan daripada urusetia.

Pengerusi Urusetia yang juga Bendahari Kawat, Abdul Mubin Ismail berkata, kesemua enam kategori yang dipertandingkan telah mencapai kuota enam penyertaan bagi setiap kategori.

"Penyertaan tahun ini boleh dikatakan hebat kerana artikel yang dihantar mempunyai kualiti yang cukup kuat dan saya pasti, panel penilai akan berhadapan kesukaran untuk memilih pemenangnya.

"Perkembangan mengenai AKKEM ini akan kami hebahkan apabila proses berkaitan siap kelak," katanya.

Menurut beliau, Presiden Kawat telah mencadangkan beberapa kelainan terutama hadiah iringan dalam AKKEM 2009 ini.

Isnin, 10 Ogos 2009

Aida Semakin Sembuh

Presiden Kawat menyampaikan cenderahati kepada Aida di Kuala Terengganu

Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat semalam (10 Ogos) berpeluang menziarahi Setiausaha Kawat, Puan Aida Abdul Rahman yang uzur kerana keguguran di rumah Aida di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu.

Sambil membawa `buah tangan', Sdr Ayob diiringi Exco Kawat, Shuhaimi Ahmad meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar mengenai kesihatan Aida yang kini hampir 10 hari `berehat' di rumah.

Aida sebelum ini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut selepas mengalami keguguran.

Aida yang juga wartawan di Unit Komunikasi Negeri Terengganu kelihatan semakin pulih danceria dijangka bertugas semula pada 19 Ogos ini. - mismat-

Selasa, 4 Ogos 2009

JOM SERTAI PERTANDINGAN FOTO PESTA TERENGGANU

Berita baik kepada peminat seni fotografi. Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Pesta Terengganu 2009 yang sedang berlangsung di Terengganu Enkuisterian (TER's), Kuala Ibai sehingga 15 Ogos ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung Pesta Terengganu dan kesemua gambar mestilah yang dirakamkan di tapak pesta sepanjang program tersebut diadakan dengan tema "Segala-galanya Di Sini".

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 (Pertama), RM750 (Kedua), RM500 (Ketiga) dan RM200 (15 hadiah saguhati).

Yuran penyertaan sebanyak RM5 (Lima ringgit Sahaja) dikenakan kepada setiap peserta yang mana bayaran ini akan didermakan kepada pihak memerlukan sempena Ramadan nanti.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Timbalan Presiden Kawat, Haji Ahmad Redzal Arshad mulai 7hb Ogos 2009 atau hubungi Presiden Kawat, Ayob Mamat di talian 013-9472 800 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Syarat-sayarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada rakyat Terengganu berusia 15 tahun ke atas
2. Gambar yang dirakamkan di tapak Pesta Terengganu 2009
3. Saiz 8 x 12 inci (dicetak)
4. Gambar mesti yang dirakamkan sendiri olen peserta dan panel penilai berhak menolak penyertaan jika berlaku penipuan.
5. Gambar mestilah asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
6. Kesemua gambar akan menjadi hak milik penganjur.
7. Setiap peserta DIWAJIBKAN menyertai rakaman gambar dalam bentuk CD dan cetakan.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang dianggap melanggar syarat, ada unsur penipuan, ciplak atau sebagainya.
9. Syarat-syarat am bergantung kepada Urusetia Pertandingan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18hb Ogos 2009
12. Setiap peserta layak menghantar LIMA penyertaan setiap seorang tetapi mereka hanya layak menang DUA hadiah sahaja.

Isnin, 3 Ogos 2009

Setiausaha Kawat Masuk Wad

Walaupun sakit, sempat tersenyum di HSNZ

Setiausaha Kelab Wartawan Terengganu, Puan Aida Abdul Rahman dimasukkan di Wad 5EF Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana keguguran.

Beliau dimasukkan ke wad pada Sabtu lalu (1 Ogos 2009) setelah mengalami pendarahan ketika bertugas pada Khamis 30 Julai lalu.

Ketika berada di wad, Aida yang juga wartawan di Unit Komunikasi Negeri Terengganu sentiasa ditemani oleh suaminya yang tercinta, Nik Roshidi Megat Deraman dan keadaan beliau kini semakin pulih.

Aida keluar dari wad pada petang Isnin lalu dan mendapat cuti sakit selama 16 hari dan kembali bertugas pada 19 Ogos depan. Presiden, AJK dan Ahli Kawat mendoakan Aida cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan. -mismat-