Ahad, 15 November 2009

`Selamat Tinggal Terengganu'


Ahli Kawat yang hadir bagi meraikan pertukaran rakan di Hotel YT Midtown.

Sdr Ayob menyampaikan cenderamata kenangan kepada Puan Hajah Halimathon. -mismat-
Sdr Ayob bersama Puan Hajah Halimathon, Haradian dan Din pada majlis meraikan mereka bertiga yang bertukar ke Kuala Lumpur. -mismat-

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kehilangan tiga ahli yang berwibawa setelah mereka bertukar ke Kuala Lumpur pada pertengahan bulan November. Mereka ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Puan Hajah Halimathon Hamza, Ketua Biro Kosmo, Haradian Shah dan Wartawan Kosmo, Din.

Mereka diraikan pada majlis yang diadakan oleh Kawat yang dihadiri kira-kira 50 ahli di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu.

Ketika berucap pada majlis itu, Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat melahirkan rasa sedih kerana kehilangan tiga ahli yang sentiasa memberi komitmen kepada Kawat.

Presiden, AJK dan ahli Kawat berdoa agar mereka sentiasa berjaya dalam kerjaya mereka dan jangan lupa rakan di Terengganu. -mismat-

DS HISHAM HADIR SAMPAI ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL

Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Gambar) telah pun memberikan pengesahan bahawa beliau akan hadir menyampaikan hadiah pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil bulan depan.

Bagaimanapun tarikh sebenar mengenainya akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. Perkara itu telah dimaklumkan Setiausaha Politik beliau, Dato' Hamid ketika menghubungi Presiden Kawat, Ayob Mamat beberapa hari lalu.

Dato' Hamid turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin akan turut memberikan sedikit bantuan yang diperlukan oleh Kawat.

Sementara itu, Penyelaras Anugerah itu, Abdul Mubin Ismail berkata, keputusan pertandingan telah pun diperolehi daripada Panel Penilai.

Beliau yang juga Bendahari Kawat berkata, Kawat hanya menunggu tarikh majlis penyampaian hadiah diadakan kerana kesemua urusan berkaitan telah pun disiapkan.