Isnin, 12 Oktober 2009

MALAM KELUARGA AIDILFITRI KAWAT SUNGGUH MERIAH

Sebahagian daripada ahli Kawat dan tetamu yang hadir pada Malam Keluarga Aidilfitri Kawat

Rita (kanan) bersama Pengarah Penyiaran Kawasan Timur, Dr Nawiyah dan Presiden Kawat, Ayob Mamat selepas memenangi hadiah cabutan nama bertuah berupa sebuah peti sejuk LG.

Wartawan Utusan Besut, Kamarudin Hamzah menerima hadiah cabutan nama bertuah daripada Pengurus Besar TNB Wilayah Timur


Pengerusi Penyelaras DUN Rhu Rendang, Nik Dir menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang ahli Kawat

Bendahari Kawat (baju merah) meraikan anak-anak ahli dalam satu permainan. Setiap daripada mereka menerima hamper.

Ahli-Ahli Kawat sedang mendaftar di kaunter pendaftaran

Ahli Kawat dan keluarga menjamu selera dengan hidangan yang lazat


Anak-anak Ahli Kawat gembira menerima duit raya.


Bergambar kenangan selepas majlis

Presiden Kawat, Ayob Mamat (berdiri, baju kuning kelabu) mengendalikan permainan untuk ahli-ahli pada Malam Keluarga Kawat


Malam Keluarga Aidilfitri Kawat 2009 di Hotel YT Midtown diadakan dalam suasana yang sungguh meriah dan menghiburkan.

Sebanyak 150 hadiah cabutan nama bertuah berupa barangan elektrik telah dimenangi oleh ahli-ahli, manakala 130 hamper juga dimenangi oleh ahli keluarga melalui permainan, kuiz dan acara sampingan yang diadakan.

Lebih 300 orang ahli dan keluarga mereka hadir pada majlis tersebut. Program yang menjadi acara tahunan itu diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli Kawat dan keluarga mereka.

Kawat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah memberikan sumbangan bagi pembelian semua hadiah pada malam tersebut.

Terima kasih juga kepada Menteri Besar Terengganu yang akan membiayai makan malam tersebut selain kesemua penyumbang-penyumbang lain.

Turut hadir, Zaid Mohd Noor, wakil Kelab Media Kelantan (KAWAN)