Jumaat, 3 Januari 2014

`Yang Penting Semua Happy'


















`Yang Penting Happy.. Tema Malam Keluarga Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang diadakan pada malam sambutan Tahun Baru 2014 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu bertepatan dengan tema. Kira-kira 300 ahli Kawat bersama keluarga hadir pada malam yang penuh meriah dan menceriakan itu.
Malam yang penuh dengan limpahan hadiah menjanjikan semua ahli Kawat yang hadir pada malam itu membawa balik sekurang-kurangnya satu hadiah setiap seorang dan bagi mereka yang lebih bertuah, membawa pulang lebih daripada itu.
Acara tahunan itu berjaya merapatkan hubungan antara ahli dan keluarga selain dapat mengenali satu sama lain dengan lebih erat.
Hadir pada malam itu ialah Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat, Presiden Kelab Media Kelantan, Sdr.Anwar Hussain dan Ketua-ketua biro akhbar di Terengganu.

Jumaat, 8 November 2013

Tahlil Untuk Arwah Mokhsin













Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan majlis tahlil untuk ahli Kawat yang juga petugas Bernama Terengganu , Sdr. Mokhsin Bakhari di rumah arwah di Kampung Teluk Ketapang pada 7 November 2013 lalu.

Arwah meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di atas Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 24 Oktober 2013 lalu dan beliau meninggal di tempat kejadian selepas dilanggar oleh van syarikat penghantaran ekspres.

Kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli Kawat, penduduk kampung dan rakan arwah Mokhsin hadir pada majlis itu. Turut hadir ialah Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat.

Pada majlis itu, Kawat diwakili Pengarah Kebajikan Kawat, Hajah Shima Mohamad menyampaikan sumbangan kepada balu arwah, Puan Noriah Sultan Bee.

Bincang Program Untuk Ahli













Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi penggal 2012/14 kali keempat yang diadakan di Pusat Media Kawat pada 6 November 2013 yang lalu membincangkan pelbagai program yang akan diadakan pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.

Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat ketika mempengerusikan mesyuarat mencadangkan diadakan Malam Keluarga Kawat yang bertemakan `Yang Penting Happy' pada pertengahan Disember depan.

Katanya, pada tahun ini, acara berbentuk kekeluargaan agak kurang diadakan dan kesempatan serta dengan kewangan yang mencukupi membolehkan kelab mengadakan program itu.

Pada mesyuarat itu, Sdr.Ayob turut mengumumkan pembubaran biro-biro bertujuan penambahbaikkan dengan menggantikannya dengan jawatan pengarah.

Mesyuarat turut mengadakan `post mortem' Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil  yang diadakan pada bulan lalu. Ia bertujuan mengenalpasti beberapa kekurangan dan kesilapan yang dilakukan pada majlis tersebut dan menjadi panduan untuk majlis akan datang.

Rabu, 9 Oktober 2013

Malam Penuh Gemilang



































































Wartawan Kosmo!, Nadzarul Amir Zainal Azam membawa pulang wang tunai RM3000 setelah berjaya mendapat tempat pertama bagi dua kategori penulisan terbaik pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2013 di TH Hotel, Gong Badak dekat Kuala Terengganu pada 8 Oktober 2013.
Nadzarul Amir mendapat tempat pertama bagi kategori Berita Ekonomi Terbaik dan Penulisan Rencana Terbaik.
Wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain dan wartawan Utusan Malaysia, Siti Airunnisa Alaui masing-masing turut menerima dua hadiah pada malam yang penuh gemilang itu.
Nurul Huda membawa pulang wang tunai RM1750 setelah berjaya mendapat tempat kedua bagi Penulisan Berita Terbaik dan ketiga bagi kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik manakala Siti Airunnisa Alaui menerima hadiah wang tunai RM1500 setelah mendapat tempat ketiga bagi kategori Berita Pendidikan Terbaik dan Berita Ekonomi Terbaik.
Jurufoto Bernama, Arjasneh Ahmad berjaya mendapat pertama bagi kategori  Foto Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM1500, tempat kedua dengan hadiah RM1000 dimenangi oleh Jurufoto NSTP, Tengku Mohammad Shahmin Tengku Ismail  dan ketiga diperolehi oleh Jurufoto Utusan Malaysia, Azlan Baharum dengan hadiah RM750.
Bagi kategori Berita TV Terbaik, wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Berjaya mendapat tempat pertama (RM1500), kedua dimenangi oleh wartawan TV Bernama, Wan Affandi Wan Mahadi (RM1000) dan ketiga wartawan RTM, Taufik Adanan (RM750).
Berita Sukan Terbaik dimemangi oleh wartawan Kosmo!, Manirah Othman (RM1500), kedua wartawan Berita Harian, Baharom Che Bakar (RM1000) dan ketiga wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain (RM750).
Bagi kategori Penulisan Berita Terbaik, wartawan Berita Harian, Ahmad Rabiul Zulkifli mendapat tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM1500, kedua wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain (RM1000) dan ketiga wartawan Utusan Malaysia, Wan Zulkifli Wan Yaakob (RM750).
Wartawan Utusan Malaysia, Adnan Mohamad berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori Berita Pendidikan Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM1500, kedua wartawan Sinar harian, Raiham Sanusi (RM1000) dan ketiga wartawan Utusan Malaysia Siti Airunnissa Alaui.
Bagi Penulisan Berita Ekonomi Terbaik, wartawan Kosmo!, Nadzarul Amir Zainal Azam mendapat tempat pertama (RM1500), kedua wartawan Berita Harian, Aznida Alias (RM1000) dan ketiga wartawan Utusan Malaysia, Siti Airunnissa Alaui.
Wartawan Kosmo!, Nadzarul Amir turut mendapat tempat pertama bagi kategori  Penulisan Rencana Tarbaik, kedua wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustaffa dan ketiga wartawan Bernama, Nur Fazlizai Ali.
Bagi Laporan Khas TV Terbaik, wartawan RTM, Norazilla Md Sani berkaya merangkul hadiah wang tunai RM1500 manakala  DJ Terengganu FM, Rizalmi Muhammad mendapat anugerah khas DJ terbaik.
Aktivis teater tempatan, Syed Muhamad Nor Tuang Long atau lebih dikenali dengan SM Noor menerima Anugerah Khas Presiden.
Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Zubir Embong dan Pengerusi Subsidiari  ExxonMobil di Malaysia, Encik J.Hunter Farris. Turut hadir ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Sdr.Ayob Mamat.

Kira-kira 300 tetamu terdiri daripada Ahli-ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli -ahli Dewan Undangan Negeri, ketua jabatan dan ahli Kelab Wartawan Terengganu hadir pada majlis yang penuh gemilang itu.