Khamis, 30 Disember 2010

Tunjuk Bakat Pada Bowling Motour-Media 2010

Juara, Pelancongan SUK Terengganu selepas menerima hadiah daripada Mohd Fathil.

Pasukan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu disertai oleh dari kiri; Safri, Hadi, Shuhaimi dan Juhaida beraksi dengan penuh gaya.

Dua pemain harapan, Hadi Tahar dan Shuhaimi Ahmad dari pasukan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dengan aksi tersendiri ketika membuat lontaran.

Aksi hebat ketua pasukan Kawat, Khairul Azlam ketika membuat lontaran.

Pemain mendaftar sejurus tiba di Pusat Bowling U Bowl, Mesra Mall, Kertih.


Jurukamera Bernama TV, Ridzuan Rizal melakukan senaman ringan sebelum kejohanan bermula.

Pasukan yang tidak kurang hebat, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu menerima hadiah daripada Mohd Fathil setelah berjaya menduduki kedudukan 10 pasukan terbaik.

Pemain gembira terutama Jurukamera TV3, Aziz Abdullah setelah pasukan beliau diumumkan pemenang tempat ketiga.

Pasukan Kawat diketuai Khairul Azlam menerima hadiah daripada Mohd Fathil.

Peserta Kejohanan Bowling Motour -Media 2010 gembira bersama hadiah yang diterima selepas berhempas pulas di lane.



Kejohanan Bowling Motour - Media 2010 anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu yang diadakan di U Bowl Mesra Mall, Kertih, Kemaman berjaya mencungkil bakat baru di kalangan warga media dalam sukan bowling.

Kejohanan yang disertai 13 pasukan mewakili media, jabatan kerajaan berkaitan komunikasi media dan pelancongan berlangsung kira-kira dua jam bermula 9 malam 29 Disember 2010 lalu.

Walaupun kehebatan pemain amat jauh jika dibandingkan dengan pemain kebangsaan namun bakat serta kebolehan pemain pada kejohanan itu tidak boleh diperkecilkan.

Tiga belas pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Berita Harian, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Pelancongan SUK Terengganu, Pejabat Kemeterian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu A dan B, RTM A dan B, Harian Metro dan TV3.

Pasukan Pelancongan SUK Terengganu menjuarai kejohanan itu manakala tempat kedua dimenangi pasukan Kawat. Pemain pasukan Kawat, Mohd Kamal Ariffin muncul pemain terbaik dengan kejatuhan pin paling banyak manakala Pengawal Berita RTM dari pasukan RTM A, Rida Suzilawati muncul pemain yang paling sedikit kejatuhan pin.

Semua hadiah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Fathil Ghani. Turut hadir pada kejohanan itu ialah Timbalan Presiden Kawat, Haji Ahmad Redza Arshad. -shuhaimi ahmad-