Sabtu, 8 Januari 2011

Seronok Kacau Sura




Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sekali diundang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, YB Ahmad Razif Abdul Rahman untuk turut sama menyertai pertandingan memasak bubur asyura peringkat DUN Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 8 Januari 2010 lalu.

Acara pertandingan memasak bubur asyura diadakan setiap tahun oleh YB Ahmad Razif sejak tiga tahun lalu dan kali ini adalah acara yang kedua kali disertai oleh Kawat.

Kawat yang diberikan seunit periuk besar oleh penganjur memulakan acara memasak jam 8.30 pagi dengan ramuan disediakan oleh Ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Terengganu (Pertis)dan ahli Kawat bertindak sebagai `pengacau'.

Kawat yang disertai oleh tujuh Ahli Jawatankuasa diketuai oleh Presiden, Sdr Ayob Mamat memulakan `kayuhan' jam 9 pagi dan tamat kira-kira jam 12 tengah hari.

Walaupun keletihan, namun semangat serta keseronokan menyertai acara tradisi itu, keletihan yang dirasai hilang begitu sahaja.

Sebanyak 29 kawah/periuk disediakan oleh penganjur untuk dimasak oleh kumpulan terdiri daripada taman-taman perumahan, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan seperti polis dan tentera.