Khamis, 9 Mei 2013

MB rasmi Pusat Media







MENTERI Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said merasmikan Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sempena kunjungan beliau ke Pusat Media itu pada 22 April 2013.

Pada kunjungan itu, beliau disambut oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), Puan Hajah Azizah Awang dan rakan media.

Pengarah JPNT, Puan Hajah Azizah menyampaikan taklimat mengenai operasi Pusat Media itu yang kini dijadikan sementara sebagai Pusat Media Pilihan Rayar Umum ke 13 JPNT.

ends...




Menyiapkan assigment di Pusat Media




Kewujudan  Pusat Media Pilihan Raya Ke 13 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) yang beroperasi sementara di Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) memberi banyak kemudahan kepada warga media terutama rakan media dari Kuala Lumpur untuk menyiapkan tugasan mereka.

Pusat Media PRU Ke 13 JPNT diwujudkan dengan kerjasama Kawat bertujuan memberi kemudahan kepada media untuk mendapatkan maklumat mengenai PRU Ke 13 selain memberi kemudahan kepada mereka untuk menyiapkan tugasan dan menghantar berita ke ibu pejabat masing masing di Kuala Lumpur.

Bermula pada 18 April 2013 dan berakhir pada 6 Mei 2013, Pusat Media PRU Ke 13 JPNT turut menyediakan minuman serta makanan ringan kepada pengunjung.

Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat, berkata kewujudan Pusat Media  itu mampu mengeratkan hubungan antara warga media dengan JPNT selain dapat menceriakan pusat itu yang sentiasa dikunjungi oleh warga media, ahli politik dan pegawai kerajaan. 

ends...

KP Penerangan Lawat Pusat Media












KETUA Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang kini dijadikan sementara  Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu pada 11 April 2013 lalu.

Beliau yang diiirngi oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Puan Hajah Azizah Awang dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Iskandar Jaafar meluangkan masa hampir dua jam di pusat itu sambil meninjau persiapan bagi menghadapi PRU Ke 13.

Ketika berucap sempena kunjungan itu, Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat mengalu-alukan Pusat Media PRU Ke 13 itu dan berjanji Kawat akan memberi kerjasama kepada Jabatan Penerangan bagi memastikan kelicinan pusat itu untuk memberi kemudahan kepada warga media.

Dato' Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada Jabatan Penerangan untuk mewujudkan Pusat Media PRU Ke 13 dan beliau berjanji akan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Kawat bagi faedah warga media dan warja Jabatan Penerangan.

ends...