Isnin, 3 Januari 2011

ANUGERAH KAWAT DI HOTEL BAHARU

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil kali ini akan berlangsung di Dewan Utama, Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu - sebuah hotel yang baharu beroperasi di Kuala Terengganu.

Persiapan kini sedang giat diusahakan oleh semua kepimpinan Kawat bagi memastikan Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil itu berlangsung dengan meriahnya.

Kepada ahli dan tetamu jemputan, hadirlah beramai-ramai ke majlis ini dengan memakai pakaian paling glamour anda kerana pemenang akan berjalan di atas karpet merah menuju ke pentas.

Kawat menjanjikan satu malam yang hebat, yang akan menjadikannya sebagai kenangan yang terindah buat anda semua.