Ahad, 26 Julai 2009

AHLI KAWAT TERIMA ANUGERAH DARI SULTAN SOLO

Khalid Abdullah (kanan) dan Aziz Che Man (Tiga dari kanan) selepas istiadat penerimaan anugerah bintang dan pingat di Istana Surakarta Hadiningrat, Solo City, Indonesia, baru-baru ini.

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) merakamkan ucapan tahniah kepada dua orang ahlinya iaitu Khalid Abdullah (wartawan RTM) dan Aziz Che Man (Juru kamera RTM) di atas penganugerahan Bintang Ahli Mangku Pakoe Boewono XIII (AMP) dan Pingat Setia Pakoe Boewono XIII (PSP) daripada Sultan Surakarta, Solo, Indonesia.

Istiadat penyampaian bintang dan pingat tersebut telah diadakan di Solo baru-baru ini. Kawat berharap, anugerah tersebut akan memberikan lebih suntikan semangat kepada mereka berdua untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada negeri melalui Kawat.

Tahniah kepada mereka berdua.

Rabu, 22 Julai 2009

TAKZIAH

Ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) merakamkan ucapan takziah kepada Exco Kawat, Saudara Yassin Embong di atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau, Embong Ismail, 82 pada pukul 2.30 petang Isnin lalu.

Allahyarham meninggal dunia kerana menghidap penyakit buat pinggang.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh ayahandanya dan ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman.

Saudara Yassin menjemput semua ahli rakan-rakan media ke program tahlil yang diadakan di rumah keluarganya malam ini.

Semoga beliau sekeluarga akan lebih bersabar dalam menghadapi dugaan ini.

Khamis, 16 Julai 2009

Tini Jadi Ummi



Ahli Kelab Wartawan Terengganu, Zatini Yan selamat melahirkan anak sulong pada Jumaat 13 Julai lalu. Beliau yang bertugas sebagai Juruedit di Unit Komunikasi Negeri Terengganu melahirkan anak lelaki seberat 2.8 kg pada jam 6.40 petang dan dinamakan Abdul Muiz. Zatini kini `dalam pantang' di rumah ibunya di Kampung Buluh, Hulu Terengganu. Presiden, AJK dan ahli Kawat mengucapkan tahniah kepada Tini yang kini sudah bergelar Ummi. - mismat

Rabu, 15 Julai 2009

Futsal Kawat , Pemuda PAS



Buat pertama kali, Kawat mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan Dewan Pemuda Pas Terengganu di Gong Badak beberapa malam lalu. Selain Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu yang juga ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Muda, turut bermain ialah anak Presiden Pas, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Presiden Kawat, Ayob Mamat berkata, program seperti itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia terbukti mampu mengeratkan hubungan silaturrahim.

Katanya, Kawat bukan sebuah kelab yang beroreantasikan politik dan kerana itu kelab itu sentiasa menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak.

UMT Eratkan Hubungan Dengan Kawat



Ahli Kelab Wartawan Terengganu beramah mesra dengan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Aziz Deraman pada Majlis Mesra Media UMT di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung.-mismat

Celcom Rai Ahli Kawat



Kawat merasa bangga dan gembira apabila diraikan Celcom dalam satu majlis bersama media yang diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Ahli Kawat bukan sahaja spoting dengan membuat pelbagai persembahan termasuk nyanyian oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat tetapi hadirin juga dihadiahkan dengan pelbagai hadiah berupa produk Celcom dan sebagainya.

Ramai yang gembira kerana dapat memenangi hadiah cabutan bertuah berupa handphone Nokia dan Samsung pelbagai model selain broadband... Jaket Celcom adalah yang paling mahal untuk dibuat kenangan.

Terima kasih Celcom ....

AJK Kawat Lawat Surabaya



Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terenggganu bergambar di hadapan Bisanta Bidakara Hotel, Surabaya.