Rabu, 15 Februari 2012

Malam Penuh Gemilang

Shabery dan J.Hunter diiringi Ayob ketika tiba pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kawat ExxonMobil 2010.

Warga media dan tetamu yang hadir.

Rakan media menikmati hidangan malam.

Persembahan hebat Shaq Bella.

Ayob mengiringi J.Hunter.


Ucapan aluan Presiden.

Pemimpin berlainan parti duduk semeja.

Ucapan J.Hunter


Ucapan perasmian Shabery.

Terima kasih daun keladi...tahun depan tambah lagi.

Anugerah Khas Presiden.

Aungerah Khas DJ Radio.

Ahli Kawat yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada kelab.

Anugerah Berita TV Terbaik.

Anugerah Berita Pendidikan Terbaik.

Anugerah Penulisan Berita Terbaik.

Anugerah Berita Sukan Terbaik.

Anugerah Foto Terbaik.

Malam penuh gemilang. Malam Anugerah Kawat - ExxonMobil 2010 yang diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 12 Februari 2012 lalu berlangsung dalam suasana meriah dan ceria.

Program tahunan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama syarikat minyak gergasi dunia, ExxonMobil pada tahun ini memasuki tahun ke 26 dengan nilai penajaan sebanyak RM70,000 oleh ExxonMobil.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Shabery Chik hadir merasmi serta menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah. Turut hadir ialah Pengerusi Subsidiari-Subsiadiari ExxonMobil di Malaysia, J.Hunter Fariss dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk pemimpin politik, pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan warga media.

Selain itu, persembahan nyanyian oleh artis residen Kawat, Shaq Bella dari TV3 diiringi kugiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta persembahan artis tempatan menggamatkan lagi majlis anugerah itu.

Wartawan Kosmo!, Manirah Othman mengungguli kategori Penulisan Berita Terbaik sekaligus memperolehi wang tunai berjumlah RM1,500 menewaskan Siti Airunnisa Alaui dari Utusan Malaysia di tempat kedua (RM1,000) dan Muhammad Ishak dari Berita Harian terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan memperoleh wang tunai berjumlah RM750.

Manirah juga berjaya menggondol kategori Penulisan Rencana Terbaik mengatasi Mohd. Lazim Endut dari Sinar Harian dan Tuan Azam Tuan Johan (Bernama) sekaligus mencatat sejarah mengungguli kedua-dua kategori untuk tahun kedua berturut-turut.

Bagi kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik pula, ia menjadi milik Siti Airunnisa dan diikuti oleh Fauzi Mohd. yang juga merupakan wartawan Utusan Malaysia manakala Mohd. Nazdy Harun (Harian Metro) di tempat ketiga.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Radhuan Hussin turut mencatat nama selaku pemenang apabila mengungguli kategori yang baru pertama kali diperkenalkan iaitu Penulisan Berita Pendidikan Terbaik mengatasi Zainuddin Mohamad (NST) dan Sharipah Hunaini Syed Ismail (Bernama).

Kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik pula diungguli Aida Abd. Rahman dari laman portal Teganukita.com manakala tempat kedua milik Mustapa Lakawa (Kosmo!) dan ketiga Abdul Malik Muhammad (Harian Metro).

Foto Terbaik milik jurufoto NST, Rozainah Zakaria; kedua, Azlan Bahrum (Utusan Malaysia) dan ketiga milik Aswadi Alias (Harian Metro).

Laporan Berita TV Terbaik pula milik Ishak Abdillah (TV3) diikuti Aziz Che Man (RTM) dan Abdul Aziz Abdullah (TV3) manakala Anugerah Khas Radio menjadi milik juruhebah RTM, Suhaila Mat Daud.

Sementara itu, Anugerah Khas Presiden pula diberikan kepada Muhammad Danial Zainuddin, 17, pelajar austistik pendidikan khas yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu yang juga anak kepada wartawan NST, Zainuddin Mohammad.

Semua hadiah bagi anugerah itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek.

Hadir sama Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), J. Hunter Farris dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Sebanyak RM70,000 disumbangkan oleh ExxonMobil untuk program itu manakala Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyumbang sebanyak RM20,000 untuk program yang sama. - utusan/shuhaimi