Isnin, 18 Oktober 2010

Perjumpaan Khas Ahli Kawat Meriah

Amanat Tuan Presiden pada Malam Perjumpaan Khas Ahli Kawat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.
Ahli Kawat mengemaskini data peribadi bagi memudahkan urusan pentadbiran Kawat.
Wakil Astro Awani Terengganu, Sharom Bakar (T Shirt hitam) membantu ahli Kawat mengemaskini rekod keahlian.
Persembahan yang mengasyikkan daripada artis residen Kawat, Irman Hashim (wartawan Utusan)
Presiden menyampaikan cenderahati kepada Wartawan Harakah, Sazali yang akan menunaikan fardu Haji.
Pendatang baru Kawat, Mohd Ishak dari TV3 dengan persembahan yang memukau puluhan hadirin.
Ahli Kawat sibuk mengemaskini keahlian dibantu oleh AJK Kawat.
Ahli Kawat berbaris untuk diambil ukuran membuat baju korperat Kawat.
Tuan Presiden ketika menyampaikan amanat presiden.
Sebahagian ahli Kawat yang hadir pada Majlis Perjumpaan Khas Ahli Kawat.

Khamis, 7 Oktober 2010

EXXONMOBIL TERUS TAJA AKKKEM

Rakan-rakan media bergambar selepas majlis taklimat mengenai ExxonMobil dan Penyerahan Cek Penajaan AKKEM 2010

TERIMA KASIH ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (kiri) menerima sumbangan penajaan AKKEM 2010 daripada Tuan Haji Farid Jaafar

Syarikat korporat petroleum terkemuka, ExxonMobil sekali lagi meneruskan tradisi menaja Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2010 yang dijadual berlangsung pada awal November ini.

Majlis penyampaian cek tajaan telah disampaikan Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan, Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Tuan Haji farid Jaafar kepada Presiden KAWAT, Ayob Mamat pada program Aidilfitri ExxonMobil Bersama Media di Hotel Primula Beach Kuala Terengganu.

Sebelum itu, Tuan Haji Farid telah memberikan taklimat terkini mengenai syarikat ExxonMobil di hadapan lebih 40 rakan-rakan media.

Menurut Tuan Haji farid, kenaikan jumlah tajaan daripada RM40,000 kepada RM70,000 tahun ini bagi membolehkan Kawat menganjurkan majlis tersebut dengan lebih meriah memandangkan AKKEM telah pun memasuki usia 25 tahun - anugerah kewartawanan tertua di di Malaysia.

Katanya, ExxonMobil sedia menimbang untuk mengekalkan jumlah penajaan tersebut selepas menerima kertas cadangan daripada Kawat termasuk menambah beberapa kategori baharu tahun depan selain menambah nilai hadiah.

Ia termasuklah kategori Penulisan Rencana Pendidikan, Sains dan Inovasi dan Penulisan Kajian.

Hadir sama pada majlis itu ialah pegawai kanan ExxonMobil, Noor Hawa Mohd Yunus dan Jocelyn.

Ahad, 3 Oktober 2010

KAWAT HADIR MAJLIS RAYA PAS TERENGGANU

Rakan-rakan media pada sidang media oleh YB Dato' Harun Taib

Presiden Kawat (berbaju petak), Ayob Mamat bersalam dengan Pesuruhjaya Pas Terengganu, YB Dato' Harun Taib

Setiausaha Badan Perhubungan Pas, Haji Yahya Ali berbincangan sesuatu dengan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim, beberapa ahli kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) turut hadir sama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Pas Terengganu di pejabat parti itu di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Majlis itu telah membolehkan pemimpin dan ahli KAWAT beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan kepimpinan Pas Terengganu mengenai pelbagai isu, termasuk politik dan kerjasama dengan KAWAT itu sendiri.

Majlis seumpama itu membolehkan rakan-rakan media mendapat berita terkini mengenai Paqs Terengganu selain mendapat maklum balas mengenai isu-isu semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Badan Perhubungan Pas Terengganu pernah meraikan KAWAT pada majlis makan malam dan dialog.