Khamis, 28 Januari 2010

BADMINTON KAWAT-SRIKANDI MERIAH

Pemain bergambar kenangan selepas perlawanan

Exco Kawat, Hajjah Hashimah Mohamad menerima cenderahati dari Serikandi

Perlawanan badminton persahabatan antara Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) bertemu Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu diadakan dengan penuh meriah.

Pada perlawanan itu, KAWAT menewaskan Srikandi dengan 4-1. Ia antara lain bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara KAWAT dengan Srikandi yang merupakan badan bukan kerajaan di negeri ini.

KAWAT berbangga dan gembira kerana dapat menganjurkan kejohanan tersebut dan berharap ia akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Isnin, 25 Januari 2010

AHLI KAWAT KACAU BUBUR AS-SYURA

SEPAKAT ... Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Exco mengacau bubur as-syura bersama bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi Abdul Rahman pada pertandingan menyediakan bubur As-Syura di Kg Baru, Seberang Takir.

Bersama penduduk Kampung di majlis yang sama

Walaupun hanya menerima hadiah saguhati dalam Pertandingan Menyediakan Bubur As-Syura Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, namun ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin dan ahli Kawat yang sanggup turun padang menyertai pertandingan tersebut.

Seramai 19 pasukan menyertai pertandingan itu dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri. Hadir sama pada majlis itu ialah tuan rumah, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir merangkap Exco Kerajaan Negeri.

Kawat akan terus menyertai dan melaksanakan program-program yang bersifat kemasyarakatan. Mudah-mudahan ia akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami dengan masyarakat setempat.

Rabu, 20 Januari 2010

MASA BERKUMPUL

Apabila jurugambar sudah pandai bergambar ... Lihatlah cerianya wajah-wajah jurugambar media di Terengganu. Entah aksi apa yang mereka cuba tonjolkan tetapi inilah kesepakatan dan sah mereka tidak akan skoop antara satu sama lain.

Mereka adalah kumpulan yang sentiasa menyibuk tetapi mereka tetap mencari sudut pandangan yang menarik untuk tatapan pembaca.

Terima kasih dan tahniah kepada mereka di atas segala kerja kuat selama ini.

Isnin, 18 Januari 2010

Dua Ahli Kawat Uzur

Penolong Bendahari Kawat, Rosamiza menyampaikan sedikit buah tangan kepada Khairul Azlam.
Wartawan Siasah, Khairul Azlam berada di Wad 8A Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

Jurufoto Utusan, Azlan Bahrom terlantar di Kuala Terengganu Specialits Center, Kuala Terengganu kerana menjalani pembedahan lutut.

Exco Kawat, dari kiri; Aida, Rieta, Shuhaimi dan Rosamiza ketika menziarah Azlan di Kuala Terengganu Specialist Center.


Dua Ahli Kawat iaitu Khairul Azlam Mohamad (SIASAH) dan jurugambar Utusan, Azlan Bahrom terlantar di wad kerana masalah kesihatan.

Khairul Azlam yang juga Exco Kawat kini berada di Wad 8A Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana masalah jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau dimasukkan ke wad itu pada Khamis lalu.

Jurufoto Utusan, Azlan Bahrom pula dimasukkan ke Kuala Terengganu Specialist Centre kerana menjalani pembedahan lutut.

Exco Kawat diketuai Setiausaha Kawat, Aida Abdul Rahman; Penolong Setiausaha, Rieta Wahab, Penolong Bendahari; Rosamiza dan Ajk Shuhaimi Ahmad menziarahi mereka dengan membawa sedikit buah tangan sebagai tanda simpati Kawat kepada mereka. Sebelum itu, Khairul turut diziarah oleh Timbalan Presiden Kawat, Tuan Haji Ahmad Redza dan Ajk, Shima Mohamad.

Semoga Khairul dan Azlan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. -mismat-

Khamis, 14 Januari 2010

Media Lawat Kilang eBook

Petugas media diberi penerangan mengenai eBook pada lawatan media ke kilang pemasangan eBook di Gong Badak.

Pengurus Besar Top It, Encik Mohd Isa Nik ketika mengadakan sidang akhbar pada sesi lawatan media ke pemasangan eBook di Gong Badak.
Petugas media dengan pakaian khas bergambar bersama pegawai Top IT dalam kilang pemasangan eBook.

Petugas media melihat kerja pemasangan komponen eBook pada sesi lawatan media ke kilang eBook di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Petugas media daripada semua media tempatan menghadiri sesi taklimat dan lawatan ke Kilang Top IT Industries, kilang yang memasang eBook di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu.

Lawatan anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada media dan seterusnya disiarkan untuk maklumat orang ramai mengenai operasi kilang yang bertanggungjawab memasang serta mengeluarkan eBook terutama kepada murid sekolah melalui peruntukkan Kerajaan Negeri Terengganu.

Taklimat mengenai operasi kilang disampaikan oleh Pengurus Besar Top IT Industries, Encik Mohd Isa Nik. -mismat-

Ayob Kekal Presiden

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) semalam memutuskan Sdr Ayob Mamat kekal sebagai presiden Kawat sehingga Mesyuarat Agung pemilihan kelab itu yang dijangka diadakan pada akhir Februari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Kawat, Tuan Haji Ahmad Redza Arshad dihadiri 13 ajk kawat dan mengambil masa kira satu jam untuk membincangkan kedudukan Sdr Ayob.

Ayob telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Kawat bertarikh 4 November lalu menyatakan peletakkan jawatan beliau sebagai presiden berkuatkuasa pada malam Majlis Aungerah Kewartawanan ExxonMobil/Kawat 2009. Bagaimanapun, jawatankuasa tidak dapat membincang serta mempertimbangkan hasrat Sdr Ayob pada masa itu kerana Timbalan Presiden masih berada di Mekah menunaikan fardhu haji.

Setelah meneliti pandangan daripada Ajk mengenai harsat Sdr Ayob, Timbalan Presiden memutuskan Ayob masih kekal sebagai Presiden Kawat dan jawatankuasa berharap Sdr Ayob dapat meneruskan agenda untuk memartabatkan profesion wartawan melalui Kawat. -mismat-

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010 DARI KEPIMPINAN KAWAT

AYOB MAMAT (PRESIDEN)

HAJI AHMAD REDZA ARSHAD (TIMBALAN)

AIDA ABD RAHMAN (SETIAUSAHA)

ROZITA ABD WAHAB (PEN SETIAUSAHA)

ABDUL MUBIN ISMAIL (BENDAHARI)

ROSAMIZA OMAR (PEN BENDAHARI)

SHUHAIMI AHMAD (AJK)

MOHD YASSIN EMBONG (AJK)

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD (AJK)

MOHD KAMAL ARIFFIN (AJK)

HAJJAH HALIMAHTON HAMZA (AJK)

HARADIAN SHAH HAMDAN (AJK)

USTAZ ADLI KESAH (AJK)

HAJJAH HASHIMAH MOHAMAD (AJK)

Pucuk kepimpinan Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat menyambut tahun baharu 2010. Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh ahli semua sehingga kita berjaya membawa KAWAT ke era yang sebegini cemerlang.

Kami mendoakan agar tahun 2010 ini akan memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding setahun yang telah kita tinggalkan di sepanjang 2009. Bagi kami, anda adalah amat penting dan kerana itu kami mengharapkan anda semua terus memberikan kerjasama demi KAWAT.

Sesungguhnya dalam tempoh ini amanah yang diberikan kepada kami, kami telah melakukan yang terbaik dan setiap kejayaan KAWAT adalah cerminan kepada kita semua.

Semoga kita terus bersatu dalam membawa KAWAT ke era yang jauh lebih cemerlang.

Exco KAWAT yang tiada dalam gambar ialah Kamaruddin Mat Akib, Shahrani Ismail, Elmi Rizal Elias, Nasharudin Mohamad, Tengku Fauziah Ngah dan Shamsiah Mohamad.