Rabu, 24 Oktober 2012

Kawat Juara Karnival Sukan Media-Petronas




























Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengungguli Karnival Sukan Media-Petronas Pantai Timur apabila muncul sebagai juara keseluruhan sekali gus merangkul piala pusingan pada kejohanan edisi pertama.

Pada kejohanan yang berlangsung di Terengganu Equesterian Resort (Ter) pada 20 Oktober 2012, Kawat memenangi acara badminton dan ping pong manakala tempat kedua dalam acara tenpin boling serta tempat ketiga dalam acara futsal.

Karnival anjuran Kawat dengan penaja utama Petronas menawarkan hadiah wang tunai lebih RM11,000 itu membabitkan penyertaan hampir 150 atlet daripada empat kontinjen yang mengambil bahagian itu Kawat, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Kelab Media Pahang (KPM) dan Petronas.

Sebanyak empat acara dipertaruhkan pada karnival itu yang menyaksikan naib juara menjadi milik KMP dan tempat ketiga, Kemudi manakala Petronas di tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiap disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Khazan Che Mat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Dato' Wan Hisham Wan Salleh, Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah, Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Hajah Azizah Awang. -utusan/shuhaimi-

Empat Pasukan Berentap


















Atlet dari tiga negeri dan pasukan Petronas  yang bertanding, berentap bagi memastikan kemenangan milik mereka pada Karnival Sukan Media-Petronas  Pantai Timur 2012 yang diadakan di Kuala Terengganu pada 20 Oktober 2012 lalu.

Kira-kira 120 atlet dari Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) , Kelab Media Pahang (KMP) dan Petronas  mempamerkan kehebatan masing dalam acara yang dipertandingkan iaitu boling, ping pong, badminton dan futsal. Semua pertandingan diadakan di Terengganu Equesterian Resort (Ter) , Kuala Ibai kecuali futsal yang diadakan di Gelanggang Futsal Uptown, Jalan Kamaruddin.

Acara  di Ter, Kuala Ibai diadakan pada sebelah pagi manakala futsal yang diadakan pada sebelah petang dan semua pertandingan tamat pada jam 5.30 petang. -shuhaimi-

Perasmian Karnival Sukan Media-Petronas Meriah















Majlis perasmian Karnival Sukan Media-Petronas  Pantai Timur 2012 yang diadakan pada 19 Oktober 2012 lalu diadakan dalam suasana meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk petugas dan atlet dari ketiga-tiga negeri di Pantai Timur.

Karnival Sukan Media-Petronas Pantai Timur  2012 anjutan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Kelab Media Pahang (KMP) itu mendapat penajaan daripada Petronas dan julung kali diadakan.

Majlis perasmian dan  disertakan majlis makan malam yang diadakan di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Dato' Wan Hisham Wan Salleh. Turut hadir ialah Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Sempena majlis itu, turut diadakan taklimat korporat Petronas serta persembahan karaoke oleh artis daripada Kawat, Kemudi dan KMP. - shuhaimi-