Rabu, 5 Januari 2011

Karpet Merah Untuk Tetamu

Karpet Merah untuk tetamu pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil di Hotel Tanjung Vista.

AJK Kawat berbincang mengenai persiapan akhir Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil di Hotel Tanjung Vista.

Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu bergambar selepas melihat persiapan akhir Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil di Hotel Tanjung Vista.

Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Kawat melihat persiapan akhir Majlis Makan Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 di Hotel Tanjung Vista.


Sempena sambutan 25 tahun Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), majlis makan malam sempena Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobil 2010 ada kelainan berbanding majlis yang pernah diadakan sebelum ini.

Majlis malam ini akan lebih ceria dan meriah dengan laluan karpet merah untuk tetamu dan ahli Kawat serta laluan karpet merah untuk pemenang anugerah.

Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat, berkata Malam Karpet Merah diilhamkan bagi memeriahkan suasana majlis selain memberi penghormatan kepada tetamu serta ahli Kawat yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada kelab. -shuhaimi ahmad-