Jumaat, 9 Oktober 2009

ADA KEJUTAN DI MALAM AIDILFITRI KAWAT

Ahli Jawatankuasa Kawat mengadakan perbincangan akhir mengenai persiapan Malam Keluarga Aidilfitri Kawat di Restoran Bistro Kopi O di Kuala Terengganu semalam.

Assalamualaikum...

Ada kejutan pada Malam Keluarga Aidifitri Kawat yang akan diadakan pada 10 Oktober ini (Sabtu) di Hotel YT Midtown pukul 8 malam.

Tidak perlu didedahkan apakah kejutan yang dimaksudkan, tapi bagi anda yang akan hadir, anda akan pulang dengan satu perasaan dan pengalaman yang anda tidak akan lupakan. Setakat ini, hampir 300 orang ahli dan keluarga mereka telah mendaftar untuk menyertai majlis tersebut.

Bagi anda yang bakal melangkah ke hotel berkenaan, bersedialah untuk mendapatkan sesuatu yang berganda, bersedia juga untuk menyertai apa-apa yang menarik nanti.

Kami mahu maajlis itu benar-benar menjadi majlis kita, milik kita dan pengalaman indah kita. Kami akan menjemput anda menyertai pelbagai acara yang menarik, menghiburkan dan melekatkan kenangan paling manis.

Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan semoga kehadiran anda nanti akan menjadikan ia sebagai satu malam yang berbeza dengan malam-malam lain yang anda lalui.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ....!