Khamis, 7 Oktober 2010

EXXONMOBIL TERUS TAJA AKKKEM

Rakan-rakan media bergambar selepas majlis taklimat mengenai ExxonMobil dan Penyerahan Cek Penajaan AKKEM 2010

TERIMA KASIH ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (kiri) menerima sumbangan penajaan AKKEM 2010 daripada Tuan Haji Farid Jaafar

Syarikat korporat petroleum terkemuka, ExxonMobil sekali lagi meneruskan tradisi menaja Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2010 yang dijadual berlangsung pada awal November ini.

Majlis penyampaian cek tajaan telah disampaikan Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan, Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Tuan Haji farid Jaafar kepada Presiden KAWAT, Ayob Mamat pada program Aidilfitri ExxonMobil Bersama Media di Hotel Primula Beach Kuala Terengganu.

Sebelum itu, Tuan Haji Farid telah memberikan taklimat terkini mengenai syarikat ExxonMobil di hadapan lebih 40 rakan-rakan media.

Menurut Tuan Haji farid, kenaikan jumlah tajaan daripada RM40,000 kepada RM70,000 tahun ini bagi membolehkan Kawat menganjurkan majlis tersebut dengan lebih meriah memandangkan AKKEM telah pun memasuki usia 25 tahun - anugerah kewartawanan tertua di di Malaysia.

Katanya, ExxonMobil sedia menimbang untuk mengekalkan jumlah penajaan tersebut selepas menerima kertas cadangan daripada Kawat termasuk menambah beberapa kategori baharu tahun depan selain menambah nilai hadiah.

Ia termasuklah kategori Penulisan Rencana Pendidikan, Sains dan Inovasi dan Penulisan Kajian.

Hadir sama pada majlis itu ialah pegawai kanan ExxonMobil, Noor Hawa Mohd Yunus dan Jocelyn.