Ahad, 26 Oktober 2008

DETIK KEMERIAHAN MALAM ANUGERAH KEWARTAWANAN KAWAT-EXXONMOBIL 2008

Pasangan romantis ... Suhaimi Ahmad (jurugambar UKOM) bersama isteri tersayang. Siap pegang telur.

Penajaan ... Presiden Kawat (kanan) menerima sumbangan daripada Pengarah Eksplorasi ExxonMobil, Encik Mohd Izham Ismail sambil disaksikan YB Dato' Ahmad Shabery Cheek

Rajin ... Ahli Kawat menyusun gambar untuk pameran fotografi sempena AKKEM

Selamat Datang ... YB Dato' Ahmad Shabery Cheek diriingi masuk ke dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam pada Malam Anugerah Kawat-ExxonMobil 2008

Saya menang ... Barisan pemenang Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2008

Merahnya ... Wartawan Utusanm Rajmah Hassan pulang daripada Kuala Lumpur untuk menerima hadiah

Mesyuarat akhir ... Presiden Kawat (baju kuning) berbincang dengan AJK Kawat mengenai persiapan akhir AKKEM

Ramai ... Sebahagian daripada ahli Kawat yang menghadiri AKKEM 2008

Acara sampingan ... Pengarah Eksplorasi ExxonMobil, Encik Mohd Izham Ismail (kanan) diberikan penerangan mengenai pameran fotografi Wajah-Wajah Terengganu sempena AKKEM 2008

Apa tu bermain telur ... Wartawan Harakah, Khairul Azlam menghadiahkan bunga telur kepada isterinya sebagai tanda ingatan dan kasih sayang berpanjangan

Siapa tu?... Wartawan Utusan di Setiu, Adnan Mohamad bersama seseorang yang misteri

Bergaya ... nampak macam mahu model. Itulah aksi rakan-rakan media pada malam AKKEM
Menjamu selera ... Ahli Kawat dan tetamu mengambil juadah hari raya pada malam AKKEM

Terimalah ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (Kanan) menyampaikan cenderahati kepada Encik Izham Ismail sambil disaksikan YB Dato' Ahmad Shabery Cheek

Seronok bila menang ... Itulah yang terpancar pada wajah pemenang AKKEM ini






Rabu, 22 Oktober 2008

MALAM ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL MERIAH

BBaju raya ... inilah baju raya dua dara Kawat


AKSI MANJA ... Wartawan wanita bergambar kenangan semasa AKKEM 2008
KUALA TERENGGANU: Wah, meriah sungguh Malam Anugerah Kawat-ExxonMobil yang diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam malam semalam (20hb Oktober) dengan ramai rakan wartawan memakai baju raya.
Bagi lelaki, mereka memakai baju Melayu dengan membawa pasangan masing-masing. Kesimpulannya, majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Presiden Kelab Media Johor dan Pahang amat meriah sekali.
Lebih meriah lagi apabila majlis itu dirasmikan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dan dihadiri Pengarah Eksplorasi ExxonMobil, Encik Mohd Izham Ismail.
Lebih 200 orang ahli Kawat dan tetamu hadir pada majlis yang dianjurkan buat kali ke-22 itu.

Sabtu, 18 Oktober 2008

PROMOSI AKKEM 2008 DIPERHEBAT

SEMANGAT ... Yassin, Kamal dan seorang rakan memasang banting di sekitar Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam sempena AKKEM.


PENJELASAN ... Abdul Mubin Ismail diwawancara DJ Terengganu FM, Habidi Ibrahim di konti radio berkenaan hari ini.

KUALA TERENGGANU, 18 Okt: Menjelang Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2008 (AKKEM) pada 20 Oktober ini (Isnin), usaha mempromposikan program itu kini sedang giat dilakukan pucuk kepimpinan kelab itu.

Semalam, Pengerusi AKKEM, Abdul Mubin Ismail telah menjadi tetamu di Terengganu FM bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai program tersebut, sekaligus bagi menghebahkan kepada orang ramai mengenai beberapa maklumat mengenainya.

Beliau juga telah memaklumkan antara lain mengenai Pameran Khas Fotografi Wajah-Wajah Terengganu yang bermula pada Ahad dan Isnin yang dianjurkan Kawat dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri dan Jabatan Penerangan Negeri sebagai acara sampingan AKKEM.

Hari ini juga, Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Exco Kawat iaitu Kamal Ariffin, Mohd Yassin Embong dan seorang rakannya telah memasang banting di sekitar Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, tempat berlangsungnya AKKEM.

Walaupun keadaan matahari yang panas terik, namun semangat mereka adalah sesuatu yang wajar diberikan pujian.


Khamis, 16 Oktober 2008

KEPUTUSAN AKKEM SUDAH SAMPAI KE TRG

Tersergam Indah ... Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam

KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Jawatankuasa Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2008 sudah pun menerima keputusan daripada panel hakim di Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Abdul Mubin Ismail berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan keperluan penting sebelum berlangsungnya AKKEM 2008 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) termasuk framekan sijil pemenang, menyediakan cenderahati dan lain-lain.

"Pada keseluruhannya, keputusan tahun ini boleh dianggap menarik," katanya ringkas di sini semalam.

Katanya, peserta diminta bersabar dalam menunggu keputusan tersebut.

Kawat dengan kerjasama Unit Komunikasi (UKOM) juga akan menganjurkan Pameran Wajah-Wajah Terengganu sempena program tersebut yang menghimpunkan hasil karya pertandingan fotografi yang dianjurkan tahun lalu.

Rabu, 15 Oktober 2008

LAWATAN KE LUAR NEGARA DITANGGUH




KUALA TERENGGANU 15 Okt: Lawatan Kawat ke luar negara yang sepatutnya diadakan pada 31hb Oktober hingga 1 November ini terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Malah cadangan agar lawatan itu ditukar ke Indonesia juga ditolak memandangkan YAB Menteri Besar Terengganu mahu ia tetap diadakan ke Thailand.

Menurut Pengerusi Lawatan Kawat yang juga Timbalan Presiden Kawar, Haji Redzal Arshad (Gambar) beliau telah pun mengadakan perbincangan dengan pegawai di pejabat YAB Menteri Besar semalam bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Jadi lawatan ke Thailand terpaksa ditangguhkan memandangkan keadaan keselamatan di negara berkenaan masih belum terjamin akibat krisis politik yang sedang berlaku," katanya.

Katanya, Kawat akan memaklumkan melalui surat hebahan kepada ahlinya mengenai penangguhan tersebut dalam masa terdekat dan berharap mereka yang mengetahui perkara ini agar menghebahkan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Namun begitu, lawatan tersebut tetap akan diadakan pada tahun ini dengan jumlah peserta yang dipersetujui seramai 80 orang.

Haji Redzal berkata, penangguhan lawatan ini adalah sesuatu yang tidak mampu dielakkan dan pihaknya memahami mengenai ahli-ahli yang telah mengambil cuti bagi tujuan tersebut.
Sebarang kesulitan atau kemusykilan bolehlah menghubungi Haji Redzal di talian 017-3702237.

Selasa, 14 Oktober 2008

PERSIAPAN AKKEM 2008 DI PERINGKAT AKHIR

JK Pengurusan Kawat berbincang mengenai persiapan AKKEM 2008



KUALA TERENGGANU 13 Okt: Kawat kini di peringkat akhir membuat persiapan bagi menganjurkan Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2008 (AKKEM) yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada 20hb Oktober ini.

Dalam perbincangan yang diadakan JK Pengurusan Kawat semalam telah menetapkan beberapa perkara yang akan diberikan perhatian termasuk menganjurkan Pameran Fotografi Wajah-Wajah Terengganu sempena AKKEM itu nanti, pemasangan lebih banyak banting, promosi dan sebagainya.

Kawat telah menghantar surat jemputan kepada Presiden Kelab Media Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Kedah untuk mereka sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Turut diundang ialah Ketua-Ketua Pengarang Kumpulan akhbar arus perdana tanahair. Kawat menjangkakan majlis kali ini yang bertemakan "Kemeriahan Di Aidilfitri" akan lebih meriah dengan kehadiran mereka.

Sementara itu, bagi kategori DJ Popular, buat pertama kalinya Kawat dengan kerjasama Terengganu FM mengadakan undian secara SMS.

Rabu, 8 Oktober 2008

LAWATAN KE CHIANGMAI BERUBAH DESTINASI?

Lawatan ke luar negara mungkin ubah destinasi

KUALA TERENGGANU, 8 Okt - Lawatan Kawat ke luar negara yang dirancang ke Chiangmai, Thailand mungkin akan diubah ke destinasi lain jika soal keselamatan di negara berkenaan pada masa ini.

Thailand kini sedang berhadapan dengan krisis politik yang kritikal dan mungkin mendedahkan kita kepada soal keselamatan jika lawatan itu diteruskan.

Pucuk pimpinan Kawat akan mengadakan perbincangan segera dengan pihak pengurusan Travel Agen berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan sehingga kini seramai 32 orang ahli Kawat telah mendaftar bagi mengikuti lawatan tersebut.

Namun begitu, jika keadaan mengizinkan, maka lawatan ke destinasi berkenaan akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, Kawat akan menghubungi semua ahli yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini program tersebut.