Sabtu, 18 Oktober 2008

PROMOSI AKKEM 2008 DIPERHEBAT

SEMANGAT ... Yassin, Kamal dan seorang rakan memasang banting di sekitar Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam sempena AKKEM.


PENJELASAN ... Abdul Mubin Ismail diwawancara DJ Terengganu FM, Habidi Ibrahim di konti radio berkenaan hari ini.

KUALA TERENGGANU, 18 Okt: Menjelang Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2008 (AKKEM) pada 20 Oktober ini (Isnin), usaha mempromposikan program itu kini sedang giat dilakukan pucuk kepimpinan kelab itu.

Semalam, Pengerusi AKKEM, Abdul Mubin Ismail telah menjadi tetamu di Terengganu FM bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai program tersebut, sekaligus bagi menghebahkan kepada orang ramai mengenai beberapa maklumat mengenainya.

Beliau juga telah memaklumkan antara lain mengenai Pameran Khas Fotografi Wajah-Wajah Terengganu yang bermula pada Ahad dan Isnin yang dianjurkan Kawat dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri dan Jabatan Penerangan Negeri sebagai acara sampingan AKKEM.

Hari ini juga, Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Exco Kawat iaitu Kamal Ariffin, Mohd Yassin Embong dan seorang rakannya telah memasang banting di sekitar Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, tempat berlangsungnya AKKEM.

Walaupun keadaan matahari yang panas terik, namun semangat mereka adalah sesuatu yang wajar diberikan pujian.


Tiada ulasan: