Selasa, 14 Oktober 2008

PERSIAPAN AKKEM 2008 DI PERINGKAT AKHIR

JK Pengurusan Kawat berbincang mengenai persiapan AKKEM 2008



KUALA TERENGGANU 13 Okt: Kawat kini di peringkat akhir membuat persiapan bagi menganjurkan Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2008 (AKKEM) yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada 20hb Oktober ini.

Dalam perbincangan yang diadakan JK Pengurusan Kawat semalam telah menetapkan beberapa perkara yang akan diberikan perhatian termasuk menganjurkan Pameran Fotografi Wajah-Wajah Terengganu sempena AKKEM itu nanti, pemasangan lebih banyak banting, promosi dan sebagainya.

Kawat telah menghantar surat jemputan kepada Presiden Kelab Media Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Kedah untuk mereka sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Turut diundang ialah Ketua-Ketua Pengarang Kumpulan akhbar arus perdana tanahair. Kawat menjangkakan majlis kali ini yang bertemakan "Kemeriahan Di Aidilfitri" akan lebih meriah dengan kehadiran mereka.

Sementara itu, bagi kategori DJ Popular, buat pertama kalinya Kawat dengan kerjasama Terengganu FM mengadakan undian secara SMS.