Rabu, 14 September 2011

Shaq Uzur

Shaq ketika menerima rawatan di KTS kerana pendarahan selepas pembedahan tonsil.

Dato' Nasir diiringi Sdr Ayob menziarah Shaq di KTS.

Rakan menziarah sambil berdoa agar Shaq cepat sembuh.

Rakan `seperjuangan' Shaq memenuhi wad untuk menziarah beliau.

Gembira serta terharu dengan kehadiran ramai rakan-rakan yang memberi sokongan moral kepada Shaq.


Wartawan TV3 Terengganu, Mohd Ishak Abdillah yang lebih dikenali dengan Shaq Bella terlantar di wad 204 Kuala Terengganu Specialist Center (KTS) kerana mengalami pendarahan selepas melakukan pembedahan tonsil baru-baru ini.

Shaq sebelum ini menjalani pembedahan membuang tonsil di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Bagaimanapun beliau mengalami pendarahan di bahagian tekak pada 12 September 2011 lalu.

Shaq dimasukkan ke KTS untuk menjalani rawatan dan difahamkan keadaan beliau bertambah baik dan dijangka keluar wad pada hari ini (14 September 2011).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Nasir Ibrahim Fikri, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Sdr Ayob Mamat dan rakan-rakan media menziarah beliau di KTS.

Presiden dan semua rakan media mendoakan agar Shaq cepat sembuh dan bertugas seperti biasa.