Ahad, 23 Mei 2010

DiGi rai KAWAT DALAM PERLAWANAN FUTSAL

BERGAYA ... Pamain kedua-dua pasukan bergambar sebelum perlawanan. Berdiri kiri ialah Encik Fairuz dan berdiri kanan ialah DI Naz.

TERIMA KASIH ... Encik Fairuz menyampaikan hamper kepada Presiden KAWAT, Ayob mamat selepas perlawanan tamat.

KENANGAN ... bergambar kenangan selepas menerima pelbagai hadiah daripada Digi. Terima kasih daud keladi Digi.

IKLAN JE .... Pemain KAWAT bersama replika cek pemenang tetapi jangan salah faham, kami hanya pinjam mock-up ini sahaja untuk bergambar. Kami bukan peserta, jadi kami tidak boleh menang.

Pasukan futsal KAWAT kini semakin memperolehi sentuhan apabila seri satu sama dengan Digi dalam perlawanan persembahan sempena Karnival Futsal Happy Digi di Gong Badak, Kuala Terengganu kelmarin (22/05/2010).

Gol KAWAT dijaringkan sendiri Presidennya, Ayob Mamat yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu.

Exco KAWAT, Mohd Kamal Ariffin turut memenangi hadiah wang tunai RM200 apabila sepakan penalti persembahan selepas perlawanan itu yang disampaikan DJ Naz dari Radio THR.

KAWAT mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Digi Wilayah Timur, Encik Fairuz yang telah memberikan pelbagai hadiah kepada pemain KAWAT termasuk simkad percuma, hamper dan barangan lain.

KAWAT gembira kerana dapat bekerjasama dengan DiGi dan usaha itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Khamis, 6 Mei 2010

Pelbagai Program Kawat

Presiden mempengerusikan mesyuarat Kawat kali kedua penggal 2010/12 di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu.


Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan mesyuarat kali kedua bagi penggal 2010/12 di Bilik Mesyuarat Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu pada 5 Mei 2010 lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat dan dihadiri hampir keseluruhan exco serta tiga exco dilantik membincangkan pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan bagi memenuhi matlamat kelab iaitu mempertabatkan bidang kewartawanan.

Antara yang dibincangkan ialah majlis pertemuan exco Kawat dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato' Ibrahim Yahya di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Pertemuan yang diaturkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia yang juga mantan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu serta mantan exco Kawat, Hajah Halimathon Hamza dijangka diadakan pada 21 Mei ini.

Selain itu, pada hari yang sama, rombongan exco Kawat akan mengadakan pertemuan dengan pagawai-pegawai kanan ExxonMobil bagi membincangkan sambutan 25 tahun Kawat dan anugerah kewartawanan yang dijangka lebih hebat dengan pelbagai kategori yang akan ditambah.

Pada sebelah malam hari yang sama, exco Kawat dijangka mengadakan majlis makan malam bersama bekas ahli Kawat yang berada di Kuala Lumpur dan sempena dengan majlis itu, Kawat akan melancarkan Kelab Alumni Kawat.

Sehubungan itu, Presiden meminta semua bekas ahli Kawat menghubungi beliau ditalian 0139472800 atau Kamaruddin Mat Akib 0199831602.

Selain itu, mesyuarat juga membincangkan beberapa program yang akan dianjurkan bersama dengan agensi kerajaan, parti politik dan syarikat swasta.

Tenaga Nasional Berhad akan mengadakan majlis bersama media di Pulau Redang manakala Pas Perhubungan Negeri akan mengadakan majlis makan malam dengan Kawat pada 26 Mei 2010 di Hotel Permai Inn.

Selain itu, Kawat akan mengadakan malam mesra bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bagaimanapun, tarikh serta tempat belum diputuskan oleh Kawat.

Pada mesyuarat itu, Ayob meminta agar setiap ahli Kawat memberikan komitmen kepada kelab dan sentiasa menyertai program yang dianjurkan dan bagi ahli yang inginkan maklumat lebih lanjut dengan program yang akan diadakan, hubungi Ayob atau exco Kawat, Shuhaimi Ahmad ditalian 0139841913. -mismat-

Isnin, 3 Mei 2010

TIMB. PRESIDEN KAWAT TAWAN KINABALU

Haji Ahmad Redza (baju kuning) Bergambar bersama pendaki negara, Sdr Azhar
Bersama pendaki lain di puncak gunung Kinabalu

Lagi gambar di puncak... sejuk yang amat sangat.

Timbalan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT), Haji Ahmad Redza Arshad berjaya menawan Gunung Kinabalu, Sabah dalam satu ekspedisi yang diadakan pada 28 dan 29 April lalu.

Beliau bersama beberapa kumpulan pendaki berjaya mendaki hingga ke puncak pada ketinggian 4,095.2 meter yang merupakan pengalaman pertama beliau.

KAWAT amat gembira dan bangga dengan kejayaan Haji Ahmad Redza dan berharap selepas ini ramai ahli KAWAT akan berjaya menawan gunung tertinggi di Malaysia itu.