Selasa, 29 Disember 2009

JPJ TERENGGANU PULA RAIKAN MEDIA

KENANGAN ... Pegawai JPJ Terengganu bergambar bersama pengamal media dalam Majlis Pengarah JPJ Bersama Media di Ibu Pejabat JPJ Negeri.

MESRA ... Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie ceria menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan media sambil disaksikan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

TAKLIMAT ... Rakan-rakan media diberikan taklimat mengenai Peranan, kemudahan serta tanggungjawab JPJ

MASA MAKAN .... Pegawai JPJ meraikan Setiausaha Kawat, Puan Aida Abd Rahman dan wartawan Berita Harian, Haji Hamid Salleh.

JAMU... Pengarah JPJ Terengganu bersama Presiden Kawat, Ayob Mamat

MENJAMU SELERA ... Pengamal media menjamu selera dalam majlis minum petang selepas sesi penerangan dan dialog bersama Pengarah JPJ Terengganu.

Ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) diraikan lagi. Kali ini, mereka diraikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam program Pengarah JPJ Bersama Media yang berlangsung di Ibu Pejabat JPJ, Kuala Terengganu.

Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie dalam ucapannya berkata, majlis itu dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara jabatan berkenaan dengan media di Terengganu.

Sambil menyatakan rasa gembira di atas sumbangan warga media sebelum ini, beliau turut memperkenalkan pegawai-pegawai JPJ yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

Ternyata beliau adalah seorang yang cukup mesra dan mudah didekati selain menjadi seorang yang memahami akan tugas serta tanggungjawab media dalam melaporkan berita.

Beliau berharap majlis seumpama itu akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.