Khamis, 7 Mac 2013

Sumbangan Buat Gaza









Simpati dengan penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) telah menyumbang RM1602.00 untuk membantu mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat kepada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Dr Yahaya Ibrahim pada majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Canselori, Unisza, Kuala Terengganu pada 6 Mac 2013.

Prof.Dr Yahaya dan empat lagi pegawai kanan Unisza bertolak ke Gaza, Palestin dan Mesir pada  7 Mac 2013 bertujuan mengadakan pertemuan dengan ahli akademik di Gaza dan Mesir selain menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa universiti di sana.

Pada majlis itu, Sdr Ayob, berkata sumbangan itu adalah hasil derma daripada warga Kawat yang prihatin dan simpati kepada saudara seagama yang ditindas di Gaza.


Kunjungan Pengarah Penerangan






Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), Puan Hajah Azizah Awang mengunjungi Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu  pada 6 Mac 2013.
Beliau bersama Penolong Pengarah JPNT (Pembangunan Masyarakat dan Perkhidmatan Komunikasi), Encik Mohd Iskandar Jaafar menghabiskan kira sejam di pusat media itu sambil berbincang berkenaan pusat media itu bersama Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat
.
Kunjungan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahhim antara jabatan dan warga media  selain membincangkan hasrat JPNT untuk mewujudkan Pusat Media Pilihan Raya Umum ke 13 di situ.
Hasrat JPNT untuk tujuan itu disambut baik oleh Encik Ayob dan pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan JPNT demi kemudahan petugas media mendapatkan maklumat.