Rabu, 30 Disember 2009

TAHNIAH HAJI HAMID SALLEH

Haji Hamid (Dua dari kanan) ketika menyertai program KAWAT bertemu Kelab Media Johor di Johor Baharu.

Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) mengucapkan tahniah kepada seorang ahlinya yang juga wartawan Berita Harian, Haji Hamid Salleh di atas penerima hadiah anugerah wartawan sukan sempema Malam Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sukan Terengganu beberapa hari lalu.

Haji Hamid adalah antara penulis berita sukan yang aktif di Terengganu dan KAWAT berharap kejayaan itu akan meningkatkan lagi usaha dan kegigihan beliau dalam menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu.

Tahniah dari semua warga KAWAT.

Selasa, 29 Disember 2009

JPJ TERENGGANU PULA RAIKAN MEDIA

KENANGAN ... Pegawai JPJ Terengganu bergambar bersama pengamal media dalam Majlis Pengarah JPJ Bersama Media di Ibu Pejabat JPJ Negeri.

MESRA ... Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie ceria menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan media sambil disaksikan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

TAKLIMAT ... Rakan-rakan media diberikan taklimat mengenai Peranan, kemudahan serta tanggungjawab JPJ

MASA MAKAN .... Pegawai JPJ meraikan Setiausaha Kawat, Puan Aida Abd Rahman dan wartawan Berita Harian, Haji Hamid Salleh.

JAMU... Pengarah JPJ Terengganu bersama Presiden Kawat, Ayob Mamat

MENJAMU SELERA ... Pengamal media menjamu selera dalam majlis minum petang selepas sesi penerangan dan dialog bersama Pengarah JPJ Terengganu.

Ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) diraikan lagi. Kali ini, mereka diraikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam program Pengarah JPJ Bersama Media yang berlangsung di Ibu Pejabat JPJ, Kuala Terengganu.

Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie dalam ucapannya berkata, majlis itu dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara jabatan berkenaan dengan media di Terengganu.

Sambil menyatakan rasa gembira di atas sumbangan warga media sebelum ini, beliau turut memperkenalkan pegawai-pegawai JPJ yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

Ternyata beliau adalah seorang yang cukup mesra dan mudah didekati selain menjadi seorang yang memahami akan tugas serta tanggungjawab media dalam melaporkan berita.

Beliau berharap majlis seumpama itu akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Ahad, 27 Disember 2009

KAWAT RAI PERTUKARAN AHLI

SEMOGA BERJAYA ... Wartawan Berita Harian, Shaarani Ismail (Kanan) menerima cenderahati daripada Presiden Kawat, Ayob Mamat.

TAHNIAH ... Wartawan RTM yang juga pendaki Gunung Everest negara, Puan Marina Ahmad turut diraikan.

Kelab Wartawan Terengganu kehilangan tiga orang ahlinya apabila mereka akan bertukar ke Kuala Lumpur mulai awal tahun depan.

Mereka ialah Wartawan Berita Harian yang juga Exco Kawat, Shaarani Ismail, Wartawan RTM, Puan Marina Ahmad dan Wartawan NST, Shawn Agustin. Sebelum ini tiga wartawan dan ahli Kawat telah bertukat iaitu Pengarah Penerangan Terengganu, Hajjah Halimahton Hamza, Ketua Biro Kosmo! yang juga Exco Kawat, Haradian Shah Hamdan dan wartawan Kosmo!

Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan sempena mesyuarat Exco Kawat di hotel Midtown, Kuala Terengganu. Presiden Kawat, Ayob Mamat telah menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli yang bertukar.

Kesemua ahli dan Exco Kawat mendoakan agar mereka akan beroleh lebih banyak kejayaan di tempat kerja yang baharu.- mismat

Sabtu, 26 Disember 2009

FELDA BERI SUMBANGAN KEPADA KAWAT

KENANGAN ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (Kanan) bersama Irman Hashim (Sebelah beliau/Utusan Malaysia), Khalid Abdullah (Kiri) bergambar bersama Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor selepas majlis di Hotel Felda Residence.

TERIMA KASIH DAUN KELADI ... Haji Faizoul Ibrahim menyampaikan cek sumbangan Felda kepada Presiden Kawat, Ayob Mamat

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sebenarnya antara kelab media yang sangat bertuah dan beruntung di negara ini. Sebabnya, pelbagai pihak sentiasa menghulurkan sumbangan kepada kelab itu kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan Kawat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

Malah Kawat juga sememangnya terkenal sebagai sebuah kelab media yang paling aktif di negara ini.

Semalam misalnya, Felda Wilayah Terengganu telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Kawat bagi membolehkan kelab itu melaksanakan aktivitinya.

Cek sumbangan itu telah disampaikan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Haji Faizoul Ibrahim dalam satu majlis perpisahan sempena pertukaran beliau ke Kuala Lumpur yang diadakan di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Sementara itu, Presiden Kawat, Ayob Mamat dalam pertemuan dengan Tan Sri Dr Mohd Yusof selepas majlis itu telah menyampaikan ucapan tahniah dan rasa bangga bagi pihak semua ahli Kawat di atas penganugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun ini.

"Terima kasihlah semua ahli-ahli Kawat ...." kata beliau.

YPUT PERKENAL ANUGERAH KHAS MEDIA UNTUK KAWAT

Ahli Kawat yang memenangi hadiah Anugerah Khas Media bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) memberikan pengiktirafan kepada Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan menyediakan satu anugerah khas kepada pengamal media di negeri ini sempena Anugerah Keusahawanan dan Malam Gala Seri Iman di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Sempena majlis itu, YPUT dengan kerjasama Kawat telah menyediakan Anugerah Khas Media yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Penulisan Berita?Rencana Keusahawanan dan berita TV Terbaik. Sebanyak tiga pemenang dipilih bagi setiap kategori dengan hadiah tempat pertama RM1,000, piala dan sijil, kedua (RM800, piala dan sijil) dan ketiga membawa pulang RM700, piala dan sijil.

Pihak urusetia menerima sebanyak 50 penyertaan bagi kedua-dua kategori itu. Menurut YPUT, anugerah itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih agensi tersebut terhadap peranan serta sumbangan wartawan yang juga ahli Kawat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohd Awang Tera dalam pertemuan dengan Presiden Kawat, Ayob Mamat di luar acara penyampaian hadiah mencadangkan agar nilai hadiah bagi kategori itu ditambah lagi pada tahun depan.

Kawat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Awang Tera dan YPUT.

Rabu, 16 Disember 2009

AKKEM 2009 PALING MERIAH

DS Hishammuddin diperkenal kepada Exco Kawat. -mismat-

Mungkin ada sesuatu yang menarik diceritakan oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat kepada DS Hishammuddin hinggakan beliau terlalu kusyuk mendengarnya. -mismat-

Kehadiran gadis Sinar Harian menyerikan lagi Malam Anugerah Kawat ExxonMobil 2009. -mismat-

Ds Hishammuddin menyampaikan Anugerah Khas Presiden kepada mantan Timbalan Presiden GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad. - mismat-

Wartawan Harakah, Khairul Azlam yang juga Exco Kawat (tengah) turut hadir bersama isteri. Di kiri beliau ialah wartawan Siasah, Sazali Mohd Noor. -mismat-

DS Hishammuddin menyampaikan hadiah kepada wartawan veteran Bernama, Ibrahim Bakar atau Pok Hing. - mismat-


TAKKAN KEPUTUSAN MAIN SMS ... Jurugambar NST, Rozainah Zakaria (Tengah) sedang membaca pesanan di handphonenya sambila wartawan Astro Awani, Shahrom Bakar (kanan) semacam sakit kepala menunggu keputusan diumumkan.

LAWA .. satu-satunya wartawan yang memakai baju Melayu pada malam itu dan menang pula hadiah..... Tahniah kepada wartawan Harian Metro ini.

LUCU... Ada sesuatu yang lucuk yang dikatakan Ds Hishammuddin kepada Ketua Biro Kosmo!, Haradian Shah Hamdan sehingga beliiau kuat ketawa.

TERIMALAH ... Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada DS Hishammdin Tun Hussein yang terbukti menarik minat beliau.

DI AKHIR RANCANGAN .... DS Seri Hishammuddin bergambar dengan sebahagian besar pemenang Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009

PEMEMANG UTUSAN .... wartawan dan jurugambar dari Kumpulan Utusan yang memang pada malam itu

TERIMA KASIH... Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada pegawai ExxonMobil, Haji Ahmad Ikram Abdullah.

MACAM TAK PERCAYA .. Wartawan Berita Harian, Shaarani Ismail yang bakal bertukar ke KL Januari ini seperti tidak percaya dia menang lagi tahun ini.

MACAM TERKEJUUT JE ... DS Hishammuddin bertanya sesuatu kepada Ayob Mamat mengenai pemenang di depannya. Siapakah itu.

SIAPA YANG MENANG NI ... Dengan gaya tersendiri, DS Hishammudin pula yang mengambil gambar si Fauzi Baharuddin (Utusan) selepas diumumkan pemenang. DS Hishammudin memang berbakat mengambil gambar.

TERIMA KASIH .... Hj Ahmad Ikram Abdullah (ExxonMobil) menyampaikan mock up cek penajaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil disaksikan DS Hishammuddin. DS Hishammuddin sempat membisikkan agar jumlah tajaan dinaikan lagi.

Sabahat dari jauh .. Presiden Kelab Media Pahang, Nik Naizi Hussin (kanan) turut hadir dan beliau sedang berbual dengan Pegawai Penyelidik Kanan Pejabat Menteri Besar, Hambali Latiff (Kiri) dan Ketua Biro NST Terengganu, Saudara Nelson

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 yang berlangsung di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu pada Isnin (14/12/2009) telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri sebagai acara penyampaian hadiah paling meriah setakat ini.

Dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussein dan lebih 300 orang tetamu terdiri daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, CEO syarikat-syarikat korporat dan pengamal media di Terengganu, majlis itu sebenarnya sungguh meriah dan berjaya.

DS Hishamuddin juga amat ceria dan memberikan pujian kepada KAWAT kerana berjaya menganjurkan acara yang berprestij ini, manakala beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ExxonMobil yang tidak putus-putus menaja anugerah ini.

"You kena teruskan semua ini, jangan mudah lemah sengat. Kawat hebat, sungguh. You berjaya, tahniah buat you," itu kata-kata DS Hishammuddin kepada Presiden KAWAT, Ayob Mamat ketika berjalan keluar dewan sebelum meminta Setiausaha Politik beliau memberikan apa jua bantuan dan sokongan yang diperlukan KAWAT.

PROMOSI AKKEM DI KONTI RADIO

TERANG ... Ayob Mamat bercakap mengenai sejarah Anugerah Kewartawanan Kawat

DJ Iza, menemubual Presiden Kawat di konti

Klab Wartawan Terengganu (KAWAT) telah melaksanakan beberapa program promosi sempena Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009. Selain melalui laman blog, website dan facebook, Presiden KAWAT, Ayob Mamat juga telah diundang untuk temu-bual di konti Radio Malaysia Terengganu.

Dengan ditemubual DJ Iza Ghani, Ayob menjelaskan banyak perkara mengenai program tersebut termasuk mengenai sejarahnya di negara ini.

Ternyata, Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil adalah acara yang sangat dinanti-nantikan dan sentiasa terpahat di hati wartawan dan rakyat Terengganu.

Jumaat, 11 Disember 2009

MALAM ANUGERAH KEWARTAWANAN KAWAT-EXXONMOBIL DI HOTEL PRIMULA

Terletak di pesisiran Laut China Selatan yang indah, biar pun musim tengkujuh masih belum reda, di situlah terletaknya Primula Beach Hotel - tempat berlangsungnya Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 Isnin ini (14hb Disember 2009).

Sudah tentu kesudian YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri untuk hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang akan menambahkan lagi seri majlis ini nanti yang akan bermula pada pukul lapan malam.

Menurut Ketua Penyelaras program, Abdul Mubin Ismail yang juga Bendahari Kawat, persiapan untuk memastikan acara kemuncak penyampaian hadiah kepada pemenang akan berlangsung dalam suasana semeriah mungkin.

Beliau bagaimanapun tidak membayangkan mengenai keputusan pertandingan tersebut.

Selasa, 8 Disember 2009

PRESIDEN KAWAT UNDANG KETUA POLIS NEGERI

Presiden Kawat, Ayob Mamat berbincang dengan Ketua Polis Terengganu di IPK, Kuala Terengganu hari ini (8/12/2009) - Gambar Aziz CM (RTM).

Presiden Kawat, Ayob Mamat menyampaikan jemputan rasmi kepada Ketua Polis Terengganu, Dato' Mohd Shukri Dahlan sempena Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil - Gambar oleh Aziz CM (RTM)

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) hari ini - 8/12/2009 - menyampaikan jemputan rasmi kepada Ketua Polis Terengganu serta pegawai kanannya untuk menghadiri majlis makan malam sempena Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 yang akan berlangsung di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 14hb Disember 2009 ini.

Presiden Kawat, Ayob Mamat telah menyampaikan jemputan tersebut di pejabat beliau di IPK Kuala Terengganu. Beliau turut mengambil peluang untuk berbincang dan menyampaikan serba sedikit perjalanan majlis tersebut yang akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Seramai 300 orang terdiri daripada wartawan, pengamal media dan tetamu jemputan akan menghadiri majlis itu nanti.

Urusetia Kawat kini sedang melaksanakan kerja-kerja persiapan bagi menjayakan malam anugerah kewartawanan yang berprestij itu.

Isnin, 7 Disember 2009

ANUGERAH KEWARTAWANAN KAWAT-EXXONMOBIL PADA 14 DISEMBER

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 yang dinanti-nantikan akan berlangsung pada 14hb Disember ini bertempat di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu bermula pukul 8.00 malam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah bersrtuju untuk hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan malam tersebut.

Kepada ahli, anda semua adalah dijemput ke majlis tersebut. Kad jemputan akan menyusul dalam masa terdekat. Keterangan lanjut boleh hubungi Presiden Kawat di talian 013-9472800.

Khamis, 3 Disember 2009

ANUGERAH KEWARTAWANAN YPU KINI DIBUKA


Penyertaan Anugerah Kewartawanan Usahawan Kawat-YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu) kini dibuka.

Ahli Kawat yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan yang mula diedarkan hari ini (Khamis-3/12/2009) di pejabat masing-masing atau anda boleh menghubungi Setiausaha Kawat, Puan Aida Abdul Rahman di talian 013-9587337 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Kawat merakamkan ucapan terima kasih kepada YPU kerana turut menyediakan dua kategori bagi hadiah tersebut dengan tiga orang bagi setiap kategori layak menerima hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dijangka diadakan pada 20hb Disember 2009.

Kepada ahli Kawat, jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan ini.