Sabtu, 26 Disember 2009

FELDA BERI SUMBANGAN KEPADA KAWAT

KENANGAN ... Presiden Kawat, Ayob Mamat (Kanan) bersama Irman Hashim (Sebelah beliau/Utusan Malaysia), Khalid Abdullah (Kiri) bergambar bersama Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor selepas majlis di Hotel Felda Residence.

TERIMA KASIH DAUN KELADI ... Haji Faizoul Ibrahim menyampaikan cek sumbangan Felda kepada Presiden Kawat, Ayob Mamat

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sebenarnya antara kelab media yang sangat bertuah dan beruntung di negara ini. Sebabnya, pelbagai pihak sentiasa menghulurkan sumbangan kepada kelab itu kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan Kawat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

Malah Kawat juga sememangnya terkenal sebagai sebuah kelab media yang paling aktif di negara ini.

Semalam misalnya, Felda Wilayah Terengganu telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Kawat bagi membolehkan kelab itu melaksanakan aktivitinya.

Cek sumbangan itu telah disampaikan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Haji Faizoul Ibrahim dalam satu majlis perpisahan sempena pertukaran beliau ke Kuala Lumpur yang diadakan di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Sementara itu, Presiden Kawat, Ayob Mamat dalam pertemuan dengan Tan Sri Dr Mohd Yusof selepas majlis itu telah menyampaikan ucapan tahniah dan rasa bangga bagi pihak semua ahli Kawat di atas penganugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun ini.

"Terima kasihlah semua ahli-ahli Kawat ...." kata beliau.

Tiada ulasan: