Sempena majlis itu, YPUT dengan kerjasama Kawat telah menyediakan Anugerah Khas Media yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Penulisan Berita?Rencana Keusahawanan dan berita TV Terbaik. Sebanyak tiga pemenang dipilih bagi setiap kategori dengan hadiah tempat pertama RM1,000, piala dan sijil, kedua (RM800, piala dan sijil) dan ketiga membawa pulang RM700, piala dan sijil.
Pihak urusetia menerima sebanyak 50 penyertaan bagi kedua-dua kategori itu. Menurut YPUT, anugerah itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih agensi tersebut terhadap peranan serta sumbangan wartawan yang juga ahli Kawat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohd Awang Tera dalam pertemuan dengan Presiden Kawat, Ayob Mamat di luar acara penyampaian hadiah mencadangkan agar nilai hadiah bagi kategori itu ditambah lagi pada tahun depan.
Kawat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Awang Tera dan YPUT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan